CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7309|Reply: 0

[Kelantan] Lelaki Thailand maut digilis traktor

[Copy link]
Post time 17-3-2024 09:59 AM | Show all posts |Read mode

TRAKTOR yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Ladang Felda Aring 5, di Gua Musang, semalam. FOTO Ihsan PDRM

Gua Musang: Lelaki Thailand maut apabila digilis sebuah traktor yang diletakkan di tepi jalan di Jalan Ladang Felda Aring 5 di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa, Puruekan Kachi, 36, dipercayai bekerja memunggah buah sawit di hadapan traktor terbabit.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian terbabit pada 5.10 petang.

"Kemalangan berlaku apabila mangsa yang bekerja memunggah buah sawit di hadapan traktor terbabit dan secara tiba-tiba, kenderaan itu menuju ke hadapan dipercayai kerana brek tangan tidak ditarik dengan sempurna.


"Traktor itu melanggar mangsa dan dia tercampak ke hadapan kerana keadaan jalan yang berbukit dan mangsa kemudiannya digilis oleh kenderaan terbabit.

"Mangsa masih sedarkan diri ketika di lokasi kemalangan dan dibawa ke pejabat ladang berkenaan, namun kemudian disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia pada 4.50 petang di pejabat ladang berkenaan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

"Siasatan lanjut masih dijalankan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian bolehlah membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 09-9121222 atau pegawai penyiasat di talian 017-2830392," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aut-digilis-traktor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.061722 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list