CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6474|Reply: 0

[Pulau Pinang] SAM gesa dokumen projek kereta kabel Bukit Bendera didedahkan

[Copy link]
Post time 17-3-2024 01:23 PM | Show all posts |Read mode

Kereta kabel Bukit Bendera.

Georgetown: Sahabat Alam Malaysia (SAM) mahu dokumen bagi projek kereta kabel di Bukit Bendera didedahkan kepada umum bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi maklum balas.

Presiden SAM Meenakshi Raman berkata, pihaknya percaya ia ​menjadi kesalahan jika Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) meluluskan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) tanpa pameran awam dan mendapat ulasan daripada orang ramai.

"Pada pandangan SAM, projek kereta kabel ini adalah satu 'projek pengangkutan laju massa' kerana ia membabitkan pengangkutan kepada 1,000 penumpang sejam ke puncak bukit itu.

"Jarak laluan kereta kabel itu mungkin sejauh 2.7 kilometer, tetapi ia akan dibina di atas kawasan alam sekitar amat sensitif membabitkan Bukit Bendera yang juga rizab biosfera dengan Taman Botani Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan, hari ini.



Katanya, projek kereta kabel juga membabitkan cerun yang curam dan melangkaui sebanyak 35 darjah kecerunan di sesetengah bahagian serta memerlukan laporan EIA selain pameran termasuk ulasan awam.

"SAM diberitahu hanya sebanyak 50 pokok sahaja akan dialihkan bagi projek kereta kabel bernilai RM245 juta itu dan projek berkenaan adalah mesra alam sekeliling.

"Itu mungkin pandangan pihak berkuasa, tetapi pandangan berkenaan bukan daripada orang awam dalam membuat penilaian bebas terhadap jaminan ini," katanya.

Menurut Meenakshi, undang-undang harus dipatuhi dan pameran serta ulasan awam adalah mandatori sebelum sebarang kelulusan dibuat.

Katanya, bagi mendapatkan kelulusan perancangan mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Penilaian Kesan Sosial (SIA) perlu dijalankan termasuk Penilaian Kesan Trafik (TIA), namun tiada satu pun daripadanya didedahkan kepada orang awam.

"Bukit Bendera dan Taman Botani adalah kawasan yang mempunyai kepentingan awam dan pemberian kelulusan tanpa ketelusan melemahkan keyakinan awam," katanya.

Terdahulu, kerajaan Pulau Pinang mengumumkan projek berkenaan yang bakal menjadi pengangkutan alternatif jika berlaku gangguan perkhidmatan kereta api funikular.

Bagaimanapun, pembinaan projek itu mendapat tentangan dan reaksi daripada pelbagai pihak kerana dibimbangi merosakkan alam sekitar.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bendera-didedahkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.061400 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list