CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6486|Reply: 0

[Pulau Pinang] Umat Islam terpaksa makan beras import diharuskan bayar zakat fitrah RM7 - Mufti

[Copy link]
Post time 17-3-2024 01:34 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan - FOTO BERNAMA

BUTTERWORTH: Umat Islam yang memakan beras import susulan ketiadaan bekalan beras tempatan dalam pasaran, diharuskan membayar zakat fitrah pada kadar rendah yang ditetapkan institusi zakat di negeri masing-masing.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata majoriti penduduk di negara ini didapati memakan beras tempatan sebelum ini, namun keadaan kini memaksa mereka beralih kepada beras import yang harganya jauh lebih tinggi.

Beliau menjelaskan, umat Islam memang digalakkan membayar kadar zakat fitrah mengikut jenis beras yang dimakan, namun bukan yang dalam keadaan terdesak.

"Maka dalam hal ini, tidak salah dan hukumnya harus bagi mereka (yang terpaksa makan beras import kerana tiada beras tempatan) untuk membayar pada kadar (rendah) yang ditetapkan, iaitu RM7," katanya ketika dihubungi, di sini.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas persoalan warganet dalam media sosial berhubung kadar zakat fitrah yang perlu dibayar pada Ramadan ini.

Rata-rata pengguna media sosial yang sebelum ini memakan beras tempatan dan membayar zakat fitrah RM7 pada Ramadan tahun lalu, menyuarakan tanda tanya sama ada mereka boleh kekal membayar kadar itu pada kali ini.

Ia memandangkan mereka, terutama golongan B40, terpaksa beralih kepada beras import susulan kekurangan bekalan beras tempatan dalam pasaran ketika ini.

Persoalan berkaitan timbul selepas kebanyakan institusi zakat menetapkan pemakan beras import dan setara dengannya, perlu membayar zakat fitrah pada kadar pertengahan RM14.

Menjelaskan lanjut, Wan Salim memaklumkan apabila dalam keadaan terpaksa dan menyebabkan seseorang individu itu terbeban, kadar bayaran zakat fitrah bagi kategori sedemikian tidak boleh dilaksanakan.

"Keadaan terpaksa (tiada beras tempatan) adalah suatu yang menyusahkan (masyarakat) dan sebab itu, ia (bayaran zakat RM14) tidak boleh dilaksanakan ke atas (sesetengah) masyarakat awam yang terdesak.

"Bagi mereka yang mempunyai kemampuan lebih (walaupun terpaksa memakan beras import atau setara dengannya), membayar pada kadar lebih tinggi itu tidak mengapa dan ia amat digalakkan untuk memperoleh lebih banyak kebaikan (bagi membantu golongan fakir dan miskin)," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -bayar-zakat-fitrah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.054035 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list