CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4965|Reply: 0

[Kedah] Jerit berkali-kali, tapi dengar dengusan nafas adik saja

[Copy link]
Post time 17-3-2024 02:46 PM | Show all posts |Read mode

M Manivannan, 50, menunjukkan gambar adiknya, M Jayakumar, 48, yang ditemukan rentung selepas bas ekspres yang dipandunya terbakar dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 75.2 Lebuhraya Utara Selatan arah Gurun. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Alor Setar: "Saya dah cuba selamatkan adik dengan menariknya untuk keluar ketika bas sedang terbakar, tetapi badannya tersepit di tempat duduk pemandu," kata M Manivannan, 50.

Dalam kejadian pada 3.55 pagi, adiknya M Jayakumar, 48, yang memandu bas ekspres ditemukan rentung selepas gagal menyelamatkan diri apabila kenderaan itu terbakar.

Kemalangan berlaku apabila bas ekspres dipandu Jayakumar melanggar sebuah treler di Kilometer 75.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara dekat Gurun, awal pagi hari ini.

Menurut Manivannan, bas ekspres terbabit dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur membawa empat penumpang menghala ke Hatyai, Thailand.



Katanya, mereka bertolak dari Kuala Lumpur pada 9.30 malam semalam sebelum singgah di Ipoh, Perak dan meneruskan perjalanan.

"Pada mulanya saya memandu bas itu sebelum adik mengambil alih memandu pula pada 2.30 pagi ketika singgah di Alor Pongsu, Perak.

"Saya kemudian tidur di belakang bas dan tidak lama kemudian terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat dan nampak kepulan asap.

"Saya berlari untuk menyelamatkan adik, tetapi tidak berdaya kerana dia tersepit sebelum berlari ke belakang untuk menyelamatkan penumpang dengan membuka pintu kecemasan," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, hari ini.

Menurut Mannivannan, dia kemudian cuba membantu adiknya sambil menjerit namanya berkali-kali supaya dia sedar, namun hanya terdengar dengusan nafas adiknya yang ketika itu masih hidup.

Katanya, dia cuba mengumpil tingkap pemandu bas berkenaan, namun gagal apabila api merebak dengan cepat menyebabkan jari telunjuk saya luka dan berdarah.

"Saya cuba berkali-kali untuk keluarkan adik hinggakan ada beberapa pemandu kenderaan cuba membantu sama tetapi gagal.

"Saya jerit sambil menangis, Jayakumar... Jayakumar... tetapi adik dipercayai dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum bas berkenaan hangus terbakar," katanya.

Menurutnya, mendiang baru tiga bulan bekerja di syarikat bas ekspres berkenaan sebagai pemandu.

Katanya, adiknya tinggal di Selama, Perak dan mempunyai dua anak berusia 14 dan 17 tahun serta seorang isteri.

"Saya menetap di Padang Serai, Kulim bersama emak dan mendiang anak kelima daripada 11 beradik, manakala saya pula anak keempat menyebabkan hubungan kami sangat rapat.

"Sampai sekarang saya masih teringat kejadian itu kerana adik terbakar depan mata dan mungkin jika bantuan tiba dengan cepat, adik saya dapat diselamatkan.

"Saya dan pemandu sebuah lori turut menggunakan alat pemadam api untuk memadam kebakaran, tetapi api makin marak," katanya.

Dalam kejadian itu, Manivannan mengalami luka di jari telunjuk tangan kiri, betis kanan serta dada mendapatkan rawatan di Hospital Pendang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... san-nafas-adik-saja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.066284 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list