CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5966|Reply: 1

[Johor] Beri donat juadah berbuka kepada jiran sehari sebelum kelar bayi hingga mati - Jiran

[Copy link]
Post time 17-3-2024 03:00 PM | Show all posts |Read mode

Laporan dalam BH Online.

PASIR GUDANG: Wanita yang disyaki mengelar bayinya sehingga mati, semalam, sempat berkunjung bersama suami dan anak tunggal mereka ke rumah jiran-jiran untuk memberikan kuih donat sebagai juadah berbuka puasa sehari sebelum kejadian tragis itu.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh seorang jiran yang enggan namanya disiarkan dan mengaku cukup terkejut dengan kejadian menimpa mangsa berusia setahun enam bulan di kawasan perumahan mereka di Taman Cahaya Masai, di sini.

"Mereka sekeluarga sempat memberi donat kepada kami sekeluarga dan jiran-jiran yang lain.

"Sebelum ini, jiran saya itu okey saja dan apabila berjumpa akan bertegur sapa. Wanita itu juga selalu dilihat membawa anaknya keluar berjalan-jalan," katanya sambil memaklumkan tidak pernah melihat atau mendengar suara bayi itu menangis atau pasangan terbabit bertengkar di rumah mereka.



Terdahulu, media melaporkan seorang wanita disyaki mengelar leher bayi lelakinya sebelum menghantar gambar mangsa yang berlumuran darah kepada suami melalui kiriman WhatsApp, semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, dipetik berkata pihaknya menerima laporan kira-kira jam 1.30 tengah hari berhubung kes seorang bayi berusia setahun enam bulan maut dipercayai dikelar ibu kandung di sebuah kawasan perumahan dekat Pasir Gudang.

Susulan itu, suspek warga tempatan berusia 32 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang lagi jiran yang juga enggan dikenali pula menyifatkan wanita berkenaan sebagai seorang yang baik dan peramah, selain sering membawa bayinya berjalan-jalan di lorong perumahan pada waktu petang.

Katanya, beliau mengetahui insiden tragis itu kira-kira jam 1 tengah hari selepas seorang jiran lain meminta pertolongan.

"Setiba di depan rumah jiran (suspek), saya nampak badan bayi itu berdarah di ruang tamu, manakala ibunya duduk bersila dan terdiam di hadapan tubuh kecil itu.

"Saya terperanjat dan memberitahu suami mengenai kejadian berkenaan. Tidak lama kemudian, polis tiba dan menguruskan kes itu," katanya.

Beliau yang sudah lama mengenali suspek, mengaku trauma selepas melihat sekujur tubuh mangsa berlumuran darah.

"Masih terbayang-bayang, bahkan malam tadi pun tidak dapat tidur. Saya mempunyai dua anak berusia sembilan dan empat tahun yang kerap bermain dengan mangsa," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -sebelum-kelar-bayi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 02:21 PM | Show all posts
seram aihh.
semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.054280 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list