CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5900|Reply: 0

[Pulau Pinang] CAP gesa boikot premis caj RM2 pengunjung tak pesan minuman

[Copy link]
Post time 17-3-2024 03:01 PM | Show all posts |Read mode

Foto tular

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa orang ramai memboikot premis makanan dan minuman yang mengenakan caj kepada pelanggan tidak membuat pembelian di premis berkenaan.

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow menyifatkan tindakan seperti itu adalah langkah sangat buruk dan mengambil kesempatan.

"Pengguna mempunyai hak dengan apa yang dibuat sama ada memesan makanan dan minuman atau tidak.

"Pemilik premis atau peniaga pula tidak mempunyai hak mengenakan bayaran tertentu sekiranya pelanggan tidak memesan apa-apa makanan dan minuman," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.



Mengulas lanjut Subbarow berkata, pemilik premis atau peniaga juga tidak berhak meletakkan notis pemberitahuan mengenai caj itu.

Sehubungan itu, premis dan kedai seumpamanya wajar diboikot atau pelanggan perlu menuntut pengeluaran resit sekiranya ia berlaku.

"CAP juga menggesa pihak berkuasa supaya melihat isu ini dengan serius selain mengambil tindakan yang perlu terhadap peniaga berkenaan.

"Sebelum ini, CAP hanya 'dengar' mengenainya, tetapi kini benar-benar berlaku," katanya lagi.

Terdahulu, New Straits Times melaporkan gambar tular daripada pengguna di laman sosial Facebook mengenai sebuah kopitiam di Pulau Pinang yang mengenakan caj RM2 kepada pengunjung yang tidak membuat sebarang pesanan minuman.

Kopitiam itu turut melekat notis dalam bahasa Inggeris di dinding premis yang bermaksud setiap meja akan dikenakan bayaran RM2 jika tiada minuman yang dipesan.
https://www.bharian.com.my/berit ... g-tak-pesan-minuman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.063275 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list