CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5379|Reply: 0

[Kedah] Surau Az Zaharah teruskan tradisi edar juadah di bulan Ramadan

[Copy link]
Post time 17-3-2024 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Surau Az Zaharah teruskan tradisi edar juadah di bulan Ramadan

OlehROSHILA MURNI ROSLI

17 Mac 2024 02:05pm








Hambali ( kiri) mengedarkan juadah berbuka kepada penduduk Taman Mergong Jaya 1 dan 3 di sini pada Sabtu.




ALOR SETAR - Surau Az Zaharah Taman Mergong Jaya 1 & 3 meneruskan tradisi memberi makanan, minuman dan ais kiub percuma kepada 100 penduduk di kawasan perumahan terbabit pada Ramadan kali ini.

Pengerusinya, Hambali Noh berkata, ini merupakan tahun keempat penganjuran program terbabit yang mendapat sokongan penuh daripada ahli jawatankuasa surau, Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dan penduduk.



Menurutnya, menu yang diedarkan akan bertukar setiap hari kecuali pada Sabtu ditetapkan sebagai hari edaran bubur lambuk.

"Alhamdulillah penduduk di sini ada semangat kejiranan yang tinggi, apa sahaja program yang kita buat, mereka akan beri kerjasama dan sokongan," katanya ketika ditemui pada Sabtu.



Hambali berkata, edaran makanan mulai dibuat pada jam 6.30 petang setiap hari dan makanan akan habis diedar dalam tempoh kurang 10 minit.


Ahli jawatankuasa surau Az Zaharah menunjukkan makanan yang telah dibungkus untuk diedarkan kepada penduduk.




"Selalunya penduduk akan mulai beratur setengah jam sebelum kita edar, bukan sahaja orang dewasa malah kanak-kanak juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil juadah ini," katanya.

Jelasnya, kos bagi melaksanakan program terbabit adalah hasil sumbangan penduduk.




"Setiap kali Ramadan kita memperuntukkan sekitar RM30,000 untuk pelaksanaan program sepanjang bulan termasuk edaran makanan dan program bersahur di lima hari terakhir.
" Alhamdulillah penduduk di sini sangat bermurah hati, kalau kita buka sumbangan, dalam masa tiga hari dana yang diperlukan sudah mencukupi," ujarnya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa surau, Azizan Nan, 65, berkata, dia mula mendiami kawasan perumahan terbabit sejak 1995 dan mengakui penduduk di situ sangat aktif mengadakan pelbagai program.




"Bukan sahaja pada bulan Ramadan malah apa-apa perayaan pun akan diadakan program sambutan secara muafakat.

"Macam hari ini (Sabtu) kita buat program mengacau bubur lambuk, ahli jawatankuasa dan penduduk sudah bergotong-royong seawal jam 12 tengah hari lagi," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.257246 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list