CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4626|Reply: 0

[Terengganu] Angkara iPhone 15 Pro Max, suri rumah kerugian RM8,750

[Copy link]
Post time 17-3-2024 04:10 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Terengganu: Seorang suri rumah berputih mata apabila hajat untuk membeli telefon bimbit jenis iPhone 15 Pro Max tidak kesampaian apabila diperdaya hingga mengalami kerugian RM8,750.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata, berdasarkan laporan bahawa mangsa yang berusia 24 tahun itu melayari aplikasi TikTok sebelum berminat membeli seunit telefon bimbit jenis iPhone 15 Pro Max yang dijual dengan harga RM850.

Menurutnya, mangsa kemudiannya berhubung melalui WhatsApp pada nombor telefon yang tertera dan kemudiannya membuat bayaran sebanyak RM890 ke akaun bank bagi pembelian telefon bimbit dan kos penghantaran.

Katanya, mangsa kemudiannya diminta membuat bayaran tambahan sebagai caj pentadbiran untuk mendapatkan telefon bimbit berkenaan dan dijanjikan akan dipulangkan semula wang terbabit.



"Mangsa kemudiannya memasukkan bayaran tambahan secara berperingkat ke dalam akaun bank sebanyak RM7,860.

"Sehingga laporan polis dibuat, mangsa masih diminta membuat bayaran tambahan namun telefon bimbit masih belum diterima," katanya.

Menurutnya, pihak polis mengingatkan orang ramai untuk tidak mudah percaya dengan tawaran harga yang dijual terlalu murah dengan harga pasaran semasa.

Katanya, orang ramai juga boleh menyemak status nombor akaun melalui portal CCID https://semakmule.rmp.gov.my/ sekiranya ingin membuat sebarang transaksi yang meragukan.

Beliau berkata, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Terengganu bermula 10 Mac hingga semalam, sebanyak 87 laporan polis diterima berbanding 100 laporan bagi minggu sebelumnya dengan penurunan sebanyak 13 kes.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 12 kertas siasatan dibuka dengan jumlah kerugian sebanyak RM111, 573.

"Daripada jumlah kertas siasatan itu, didapati terdapat sebanyak 10 kertas siasatan dibuka membabitkan penipuan.

"Modus Operandi dengan kerugian tertinggi bagi minggu lalu adalah membabitkan penipuan e-Belian dengan jumlah kerugian sebanyak RM8,750," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mah-kerugian-rm8750

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.056969 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list