CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4715|Reply: 0

[Perlis] 'Penetapan kadar baharu zakat fitrah lihat situasi, realiti semasa'

[Copy link]
Post time 17-3-2024 04:20 PM | Show all posts |Read mode

- Foto hiasan

KANGAR: Penetapan kadar baharu zakat fitrah di negeri ini perlu diteliti Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sebelum diluluskan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, berkata sebarang perubahan akan melihat kepada situasi dan realiti yang dihadapi masyarakat hari ini.

"Rombakan kadar zakat fitrah itu boleh dibuat tetapi keputusan dibuat itu akan diteliti Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sebelum diluluskan MAIPs.

"Ini juga adalah bergantung kepada situasi dan realiti yang dihadapi oleh masyarakat," katanya ketika dihubungi hari ini.



Katanya, hal ini adalah bertitik tolak daripada kewajipan zakat fitrah yang bergantung kepada kadar satu gantang Nabawi makanan yang dimakan oleh masyarakat.

Mohd Nazim diminta mengulas kemungkinan kadar zakat fitrah baharu ditetapkan berikutan umat Islam beralih kepada beras import kerana kekurangan beras tempatan walaupun kurang berkemampuan.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, dilaporkan berkata kadar asas bayaran zakat fitrah di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan kekal RM7 seorang dengan penetapan itu terpakai untuk semua umat Islam tanpa mengambil kira jenis beras dimakan, termasuk beras import.

Mohd Na'im berkata walaupun negara ketika ini berdepan isu ketiadaan beras tempatan, ia tidak menyebabkan berlaku kenaikan kepada kadar asas zakat fitrah.

Katanya, pengiraan kadar asas zakat fitrah sudah mengambil kira julat harga beras tempatan dan beras import biasa.
https://www.bharian.com.my/berit ... uasi-realiti-semasa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.088754 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list