CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14936|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiada tindakan terhadap restoran papar notis caj pelanggan tak tempah minuman

[Copy link]
Post time 17-3-2024 10:12 PM | Show all posts |Read mode
Tiada tindakan terhadap restoran papar notis caj pelanggan tak tempah minuman


Audrey Dermawan - Mac 17, 2024 @ 6:07pm  audreymd@nst.com.my




Pengarah KPDN Pulau Pinang, S Jegan. - Foto fail NSTP




GEORGETOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Pulau Pinang telah menjalankan pemeriksaan di dua kopitiam di Lebuh Carnavon hari ini susulan satu sebaran tular.

Sebaran itu mendakwa bahawa kopitiam tersebut memaparkan tanda di dindingnya yang bertulis:

"Setiap meja akan dikenakanbayaran RM2 jika tiada minuman dipesan."

Ketua Pengarah KPDN Pulau Pinang, S Jegan berkata pemeriksaan menunjukkan kedua-dua tempat makan beroperasi seperti biasa.

Pemeriksaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 mendapati kedua-dua kopitiam memaparkan harga makanan dan minuman yang dijual.

"Pemilik kopitiam tersebut berkata bayaran RM2 itu tidak lagi dikenakan dan tiada lagi notis sedemikian dipaparkan. Mereka mengambil perhatian perkara itu selepas tular notis berkenaan.

"Pengusaha kopitiam menjelaskan bahawa perkara itu berlaku kerana ramai pelancong dan pelanggan datang hanya untuk sejukkan badan sebelum bergerak ke destinasi lain.

"Terdapat juga pelanggan tempatan yang menghabiskan masa yang lama, menyebabkan tiada meja tersedia untuk pelanggan baru," tambahnya.

Jegan berkata tiada tindakan diambil kerana kedua-dua tempat makan mematuhi peraturan dengan memaparkan harga barang yang dijual.

Pada awal hari ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pengguna untuk memboikot kedai kopi yang mengenakan bayaran jika pelanggan tidak memesan minuman.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata pemilik kopitiam tidak berhak memaparkan notis seperti itu, tapi boleh meletakkannya pada menu.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.053605 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list