CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14602|Reply: 0

[Kedah] Bomba selamatkan pekerja kilang jatuh dalam tangki

[Copy link]
Post time 18-3-2024 12:17 AM | Show all posts |Read mode
Bomba selamatkan pekerja kilang jatuh dalam tangki


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 17, 2024 @ 11:35pm  bhnews@bh.com.my




Anggota bomba memberi rawatan awal kepada seorang pekerja kilang yang cedera selepas terjatuh ke dalam tangki di kawasan Kulim Hi Tech. - Foto ihsan bomba




KULIM: Seorang pekerja kilang patah kaki dan bahu selepas terjatuh dalam tangki sedalam 3.65 meter di kawasan kilang itu di Kulim Hi Tech, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 8.58 malam sebelum mengarahkan anggotanya ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Kulim Hi Tech diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mat Puat Ghazali tiba di lokasi bersama tujuh anggota.

"Operasi turut dibantu dua anggota dari BBP Kulim.

"Sejurus tiba didapati pekerja warga Bangladesh berusia 25 tahun itu masih berada di dalam tangki berkenaan dipercayai terjatuh.

"Mangsa mengalami kecederaan patah kaki dan bahu, tindakan yang dilakukan anggota bomba adalah dengan memberikan rawatan awal sebelum mengeluarkan mangsa daripada tangki itu menggunakan 'rope resque' dan pengusung," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kulim oleh ambulans Kementerian Kesihatan.

Operasi tamat pada jam 10.21 malam.














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.069674 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list