View: 5625|Reply: 23
|
[Tempatan]
Kerajaan kaji untuk benarkan pelarian bekerja, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution
[Copy link]
|
|
K'jaan kaji untuk benarkan pelarian bekerja
https://www.malaysiakini.com/news/699673
Diterbitkan: Mar 17, 2024 2:30 PM
Dikemaskini: 2:30 PM
Kajian terperinci akan dijalankan bagi membuka laluan kepada pelarian bekerja di sektor tertentu di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.
Dia berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang bekerjasama dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) untuk mengumpul data berkaitan.
Antara maklumat yang dikumpulkan, katanya, ialah seperti tempat tinggal pelarian bagi menentukan jumlah sebenar mereka sebelum dibenarkan bekerja.
"Apabila data sudah ada, kita boleh buat pemetaan. Sebagai contoh berapa orang (pelarian Rohingya) di Sabah, di Perlis dan Sarawak," katanya dipetik Mingguan Malaysia hari ini.
Idea untuk membenarkan pelarian bekerja di Malaysia dibincang dalam beberapa pentadbiran sebelum ini dan dihidupkan semula semasa kerajaan PH pada 2018.
Menteri sumber manusia ketika itu, M Kulasegaran, berkata dia percaya pelarian yang sudah berada di Malaysia harus dibenarkan bekerja sebagai alternatif kepada pengambilan pekerja asing baru.
Penggantinya dalam kerajaan PN, M Saravanan, pula berkata bahawa Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersama KDN akan menjalankan kajian mendalam termasuk dari aspek keselamatan.
Saifuddin berkata berdasarkan permintaan, sektor yang dikenal pasti berpotensi untuk mengambil pelarian sebagai pekerja ialah pertanian dan perladangan.
Katanya, daripada membenarkan pelarian mendirikan gerai atau perniagaan kecil lain, data yang dikumpul itu akan dipadankan dengan ladang yang memerlukan pekerja.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata jumlah sebenar pelarian masih tidak jelas kerana data yang berbeza didaftarkan kerajaan dan UNHCR.
Katanya, Majlis Keselamatan Negara menguruskan 40,000 pelarian dari 48 negara, manakala data UNHCR mendedahkan terdapat 189,000 pelarian di negara ini.
"Kebanyakan mereka yang datang berumur antara 25 sehingga 40 tahun, masih produktif mampu bekerja," katanya.
Dia juga berkata beberapa pelarian memasuki negara semasa Perang Vietnam dengan persetujuan pentadbiran ketika itu.
"Mereka diselamatkan dan dibawa ke bumi Malaysia dan kita setuju sebab mereka mangsa pelarian kerana perang. Maka, UNHCR daftarkan mereka dan kemudian UNHCR mencari negara ketiga.
"Sebabnya pelarian tidak boleh berlama-lama di sini," katanya.
Bagaimanapun, Saifudin berkata walaupun beberapa negara sudah menamatkan perang, masih terdapat sejumlah pelarian yang tidak dapat pulang kerana konflik yang berterusan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa kau dgn semua pelarian ni boleh mampus sekaligus |
|
|
|
|
|
|
|
sebagai orang HR, aku tak rasa cadangan nih sesutauh yang bernas..... di saat rakyat sendiri ramai lagi yang jobless dan majikan masih terbeban dengan byk perubahan dalam kerajaan, si pak mentri nih nak soh amik plak pelarian kerja??? then nak bagi perk and benefit, supaya pelarian nih end up rasa derang superior dan ujung2 boleh beli harta dan beranak pinak dalam negara kita???
ini baru contoh terpaling tepat pada peribahasa, KERA DI HUTAN DI SUSUKAN, ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN...
hire pekerja asing pon dah byk bawak masalah dalam negara sekarnag nih, lagi nak bagi peluang kerja kat pelarian.... pemurah betul menteri Malaysia nih... |
|
|
|
|
|
|
|
"butul la,ini gomen cakap..PH perintah rakyat(asing) banyak sinang la..hidup madani...rohingya suka...rohingya suka..."-Rohingya la |
|
|
|
|
|
|
|
roti_banjir replied at 18-3-2024 11:39 AM
sebagai orang HR, aku tak rasa cadangan nih sesutauh yang bernas..... di saat rakyat sendiri ramai l ...
apabila..(contoh) sesebuah kjaan tu..'tunggangan' kapitalis... |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yg propose benda ni..?? Ko dah bukak pintu so lagi berduyun2 akan masuk. Ko boleh beza tak antara pelarian dgn PATI...?????????? Yg Rohingya ni terang2 PATI |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cantthinkofany at 18-3-2024 11:55 AM
bagus laaaaa......rakyat sendiri merempat and mengemis dah lepas ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
pilih antara dua..nak tambah masuk lagi ramai pekerja asing atau nak bagi kerja kat refugee yg dah sedia ada |
|
|
|
|
|
|
|
bagus..menteri2 jaga lah pelarian tu..
yg rkyt tk pyh lah pikir..pepandai lah nak hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Pelarian ni akan buat kerja PATI la apa yang acik2 gelabah. Anak2 acik yang menganggur tu nak ka kerja petik sawit atau jadi bibik?
|
|
|
|
|
|
|
|
menteri ni asal susul dr indon |
|
|
|
|
|
|
|
pekerja warga asing lepas beberapa bulan cabut lari dan berniaga pakai nama bini melayu
|
|
|
|
|
|
|
|
cantthinkofany replied at 18-3-2024 11:54 AM
bagus laaaaa......rakyat sendiri merempat and mengemis dah lepas ni....
"Jgn risau..nk PRU nt..kita BAGILA KERJA...mudah dan senang kerjanya...mana ada nengok wakil parti kita..pangkah la yg tu...senang kan"-Pemerintah |
|
|
|
|
|
|
|
PH menang rakyat senang maaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Selama ini mmg pelarian kerja dah bertahun2 lama sampai ada bisnes ada rumah ada kereta beranak pinak |
|
|
|
|
|
|
|
Nape tak suruh pelarian mengundi jek? Kerajaan lemah, rakyat sengsara. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg ko rajin sgt bw msk pelarian tu ke sini dah knp? |
|
|
|
|
|
|
|
Skandal REE tak habis bongkar & dakwa lagi ni Pudin... Senyap je sekarang. Jangan la distracted dgn isu lain. Ke REE ni sekadar modal pilihanraya negeri Kedah aje (rhetorical question)??? Barua betul |
|
|
|
|
|
|
|
Mohong apa la pak muntri ni... |
|
|
|
|
|
|
|
natang munteri ph x guna satu sennn!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|