CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4083|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wanita dakwa suara bilal ganggu kejiranan direman 4 hari

[Copy link]
Post time 18-3-2024 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Wanita dakwa suara bilal ganggu kejiranan direman 4 hari


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



TANGKAP layar video tular memaparkan seorang wanita yang masuk ke ruang solat lelaki Masjid Jamek Ar-Rahman dan mendakwa suara bilal mengganggu kejiranan.




Georgetown: Wanita yang didakwa masuk ke ruang solat lelaki dan bertanyakan soalan kurang sopan di Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Feringghi di sini, direman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, wanita warga emas berkenaan ditahan selepas dia diserahkan sendiri oleh keluarganya kepada polis di balai berhampiran.

"Wanita terbabit mendapat perintah reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

"Dia akan dirujuk kepada rawatan psikiatri kerana didapati mempunyai gejala penyakit mental," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai kejadian tular mengenai wanita berkenaan yang bertanya kepada seorang jemaah mengenai suara bacaan bilal dan imam terlalu kuat sehingga mengganggu kejiranan.

Berikutan kejadian itu tular, laporan polis dibuat 15 Mac lalu di Balai Polis Batu Feringghi dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.




Disiarkan pada: Mac 18, 2024 @ 1:20pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.201129 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list