CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5156|Reply: 0

Posisi penjaga gol utama milik saya - Azim

[Copy link]
Post time 18-3-2024 04:20 PM | Show all posts |Read mode

AZIM perlu lebih berusaha dan kerja keras, tunjukkan kemampuan. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia

Kuala Lumpur: Penjaga gol skuad bawah 23 tahun (B-23) negara Azim Al Amin mahu memastikan namanya berada dalam kesebelasan utama pasukan pada penampilan di pentas saingan Piala Asia B-23, di Qatar, bulan depan.

Walaupun pasukan muda negara mempunyai beberapa penjaga gol lain seperti Syahmi Adib Haikal yang dilihat berpotensi untuk menjadi pilihan utama namun bagi Azim perkara itu tidak membuatkannya cemas dan berputus asa.

Azim berkata, kesungguhan dan komitmen tinggi yang dipamerkan sepanjang tempoh latihan dilihat mampu memikat barisan kejurulatihan untuk memilihnya mengisi posisi sebagai penjaga gol utama skuad B-23 negara.

"Sememangnya persaingan dalam kalangan penjaga gol agak sengit kerana yang datang semua ada nama dan ada yang bermain di kesebelasan utama bagi pasukan masing-masing. Jadi saya rasa kami akan bersaing dengan baik.



"Untuk mengambil hati jurulatih, saya perlu lebih berusaha dan kerja keras, tunjukkan kemampuan saya dan dari situ coach akan lihat, InsyaAllah ada tempat untuk saya," katanya pada hari pertama latihan skuad B-23 di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam.

Mengikut rekod, Azim mempamerkan aksi cemerlang ketika beraksi bersama bekas pasukannya, Kuala Lumpur (KL) City FC dan kini sah menjadi milik Selangor FC.

Penampilannya bersama skuad B-23 juga tidak asing lagi malah kini, dirinya mempunyai peluang lebih cerah untuk merebut tempat selaku penjaga gol nombor satu skuad kendalian Juan Torres setelah seorang lagi penjaga gol, Sikh Izhan telah mewakili skuad utama Harimau Malaya.

Skuad negara bakal mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan untuk memantapkan skuad sebelum kejohanan Piala AFC bawah-23 bermula pada April di Doha, Qatar.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ama-milik-saya-azim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.055522 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list