CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12786|Reply: 0

[Pulau Pinang] 268 topi keledar Arai tiruan disita

[Copy link]
Post time 19-3-2024 01:48 AM | Show all posts |Read mode
268 topi keledar Arai tiruan disita


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



PENGUAT kuasa KPDN melakukan pemeriksaan terhadap topi keledar yang didakwa meniru jenama popular. FOTO Ihsan KPDN.




Bukit Mertajam: Sebanyak 268 topi keledar Arai 'celup' yang popular dalam kalangan penunggang motosikal, disita dalam serbuan di sebuah premis di sini, hari ini.

Serbuan dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang bersama wakil pemilik hak cipta jenama berkenaan, dan merampas topi keledar bernilai RM70,240.

Pengarah KPDN negeri, S Jegan berkata, pemeriksaan mendapati topi keledar itu berjenama TSR, namun mengandungi tanda karya seni Arai membabitkan pelbagai model antaranya Nakano Shukiken Silver, Black Samurai dan Oriental Blue.

"Tindakan itu didapati satu kesalahan yang melanggar Akta Hak Cipta 1987 dan sitaan dibuat terhadap kesemua barangan terbabit bagi tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, KPDN negeri memberi amaran keras terhadap mana-mana pihak tidak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan tindakan boleh diambil mengikut Akta Hak Cipta 1987.



Disiarkan pada: Mac 18, 2024 @ 10:58pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.307660 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list