CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4576|Reply: 0

[Kelantan] 12 jeti rosak: Peruntukan belum diluluskan lagi

[Copy link]
Post time 19-3-2024 07:30 AM | Show all posts |Read mode
12 jeti rosak: Peruntukan belum diluluskan lagi


Siti Rohana Idris
am@hmetro.com.my



PENDUDUK di 14 kampung di gugusan pulau di delta Sungai Kelantan mahu kemudahan jeti di situ dibaik pulih.




Tumpat: Permohonan untuk membina dan membaik pulih jeti di gugusan pulau di delta Sungai Kelantan sudah dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab namun masih belum ada sebarang tindakan lanjut.

Ketua Jajahan Tumpat Rusydee Abdullah berkata, pihaknya maklum mengenai masalah itu dan kepentingannya kepada penduduk, bahkan mengenal pasti 12 jeti utama yang usang, perlu gantian atau baik pulih segera.

"Jeti memang sangat penting kerana pengangkutan utama penduduk di situ perahu atau bot penambang dan kita sudah membuat beberapa permohonan baik pulih serta bina baharu.

"Bagaimanapun, sehingga kini, permohonan melalui Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat itu masih belum diluluskan dan kemungkinan besar ia ada kaitan dengan peruntukan.

"Buat masa ini, mana-mana jeti yang uzur dibaiki sendiri penduduk dan kita harap permohonan itu dapat segera diluluskan demi keperluan rakyat," katanya.

Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai keluhan penduduk 14 kampung di gugusan pulau di delta Sungai Kelantan yang berharap menerima pembangunan setimpal terutama, kemudahan jeti yang ditambah baik.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan (ICU), Jasri Kasim ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang meneliti permohonan membina semula salah satu jeti berkenaan yang berada di Kampung Teluk Renjuna.

"Kami dimaklum jeti berusia puluhan tahun itu sudah usang, sering ditenggelami banjir, malah struktur jeti banyak pecah kesan daripada pasang surut sungai yang turut menyebabkan tebing mendap.

"Namun ICU bukan agensi tunggal yang bertanggungjawab terhadap masalah ini. Kita perlukan juga kerjasama daripada agensi lain dan wakil rakyat di kawasan untuk penyelesaian lebih baik," katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Adanan Hassan berkata, masalah jeti usang sudah lama berlarutan dan menerusi penghulu kampung, pihaknya akan sentiasa dimaklum mengenai kerosakan berlaku.

Katanya, baik pulih jeti utama dilaksana dengan peruntukan Dun namun jika kos pembaikan tinggi, pihaknya terpaksa meminta bantuan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.

"Kita utamakan jeti penting dan sering digunakan penduduk. Bagi jeti persendirian, biasanya ia dibaik pulih pemilik sendiri," katanya.



Disiarkan pada: Mac 19, 2024 @ 7:02am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.048331 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list