CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4664|Reply: 29

[Tempatan] Kemelut stoking bercetak "Allah" di KK Mart: 'Hasutan' ketua Pemuda UMNo, Akmal Salleh, boleh bawa padah pada UMNO, kata Nga Kor Ming

  [Copy link]
Post time 19-3-2024 08:30 AM | Show all posts |Read mode
'Hasutan' Akmal boleh bawa padah pada Umno - Nga

https://www.malaysiakini.com/news/699833

Diterbitkan:  Mar 18, 2024 8:35 PM⋅
Dikemaskini: 9:05 PM



Ketua Whip Parlimen DAP, Nga Kor Ming menggesa ketua Pemuda Umno Akmal Salleh supaya berhenti menghasut sentimen perkauman dan agama berhubung kemelut stoking bercetak "Allah" yang ditemui di KK Mart.

Dia berkata reaksi Akmal adalah memudaratkan dan mungkin akan memberi kesan kepada Umno.

"Ketua Pemuda Umno Akmal dan netizen tidak seharusnya terus mencetuskan sentimen perkauman dan agama dengan sikap angkuh dan provokatif. Ini adalah tingkah laku yang berbahaya dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Sekiranya Akmal tidak mahu melihat Umno terus kehilangan sokongan rakyat, beliau mesti bermuhasabah diri terlebih dahulu, dengan rendah hati menerima nasihat ikhlas, atau beliau akan dikenang sebagai punca kekalahan Umno dalam pilihan raya,” kata Nga pada satu kenyataan hari ini.



Katanya, manipulasi sentimen perkauman dan agama yang digunakan Akmal adalah strategi lapuk yang tidak sesuai dengan usia mudanya dan era globalisasi pada hari ini.

Akmal dengan keras membidas KK Mart selepas kejadian stoking tertera perkataan "Allah" ditemui di kedai tersebut, menggesa boikot jika rantaian itu tidak menyiarkan sepanduk memohon maaf atas kejadian itu.

Ini walaupun rangkaian kedai serbaneka memohon maaf mengenai perkara itu di media sosial, mengatakan mereka telah terlepas pandang stoking yang dihantar kepada mereka daripada pembekal.

Bagi Nga, permohonan maaf KK Mart melalui saluran dalam talian dan notis yang disiarkan di cawangannya sepatutnya sudah memadai.



"KK Mart telah memohon maaf secara terbuka dan mengambil langkah untuk menamatkan kontrak pembekal stokin yang tertera perkataan "Allah," justeru tidak perlu memburukkan lagi kesilapan mereka.

“Sebaliknya, kita harus memahami, menyokong antara satu sama lain dan bergerak maju ke hadapan dengan bersatu padu,” katanya.

Nga berkata reaksi negatif yang melampau terhadap isu boleh menjejaskan keyakinan pelabur asing.

"Merendah diri membawa kebaikan, kesombongan mengundang kerugian.



“Saya harap Akmal selaku ketua Pemuda Umno memahami kebenaran yang tidak lapuk ini," katanya.

Akmal mula-mula memberi tekanan terhadap isu itu selepas polis pada mulanya berkata mereka tidak menyiasat stoking "Allah" kerana tiada laporan polis dibuat mengenai perkara itu.

Ini mendorong ketua Pemuda Umno itu untuk menggerakkan akar umbi parti untuk membuat beberapa laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Polis telah mengesahkan pihak berkuasa telah membuka dua kertas siasatan mengenai kes itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 08:36 AM | Show all posts
Nga ni goyang ke haha..boikot Oldtown
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 08:36 AM | Show all posts
KK Mart ni pun jahat jugak tau....biler dia nampak ada kedai runcit kecik2 dia akan bukak kedai dia.

Bukan kat blok lain ye..sebelah menyebelah atau jalan yang sama. Ni kisah benar ...sebab tu KK Mart ni merata. Pas tu nampak pulak poster jonggos tea madu tu lagi lah meluat...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 08:40 AM | Show all posts
boikot old town pula..... yg dia sentuh sensiviti umat islam ikut mulut je, kena pada bangsa sepet bukan main menjadi rasis
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Diam lah apek... Korang bitter sangat dgn org Islam apahal?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 08:42 AM | Show all posts
lu kapir patut dok diam2
lu pulak nak tentukan permohonan maaf tu memadai ke x?
kalau walanon setuju dgn lu, x bermaksud org islam lain setuju
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2024 08:42 AM | Show all posts
Nga Ko Ming sila diam.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Nga ko ming lg. X ada org lain Ka. Oh lupa kerajaan skrg kerajaan nga ko ming
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 08:53 AM | Show all posts
baling taik je kt kedai kk mat tu padan muka
oltown tu pon macam taik jah rasa makanan dia tak padan dgn rega mahal..baru2 ni before posa anak insist nk belanja kopitown yg ada dkt situ oldtown jah maka minumla kami pekena kopi dgn roti bakar pastu order mi kari mak nenek lain..skli rasa hapak aku nk muntah apa benda dlm mi kari macam fishball fish cake semua tu tah2 daging apa tah ada warna warni plak tidak aku makan dahla tak sedap mahal, air? lagi mcm taik yg bole minum white coffee panas je yg sejuk mmng teruk kualiti. moga melingkop. itula aku ckp jgn makan kt oltown.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 08:55 AM | Show all posts
oo lupa nk smbg roti bakar dia butter secubit jah hahaha kena pakai kanta pembesar baru nmpk
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 08:57 AM | Show all posts
isu islam knp la apek makan babi sibuk
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 08:58 AM | Show all posts
ehhhhh ko letak kat tapak kaki bakal mencetuskan masalah masa tu tak pikir pulak. semua nak ikut cakap ko jer lah nih
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 08:59 AM | Show all posts
Jikalau semua benda nak boikot ko orang tutup jelah pintu malaysia tu!
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 09:00 AM | Show all posts
Edited by blue_blur at 19-3-2024 09:02 AM
Nurdianah replied at 19-3-2024 08:36 AM
KK Mart ni pun jahat jugak tau....biler dia nampak ada kedai runcit kecik2 dia akan bukak kedai dia. ...

speedmart dan kkmart ni dua2 pembunuh kedai runcit.... kerajaan nak cakap apa kalau dorang boleh bagi cukai yang stable dan tinggi pada kerajaan... ni tools untuk yang kaya makin kaya, disedutnya profit dari tier bawahan tak kira bangsa dan agama, untuk masuk circulate ke tier tengah dan atas... berapa % rakyat tier bawahan ada syer kkmart speedmart untuk dapat dividend? (pulak tu non syariah compliant, puak mana paling sorak?) kesian peruncit2 ni... tapi benda2 basic speedmart semua sentiasa ada pula........hmmmm ... nasib dorang tak masuk atau tak dibenar masuk ke negeri lain (tak pasti)...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Time tengah Nganga baling stokin bau UMNO dalam mulut dia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 09:06 AM | Show all posts
blue_blur replied at 19-3-2024 09:00 AM
speedmart dan kkmart ni dua2 pembunuh kedai runcit.... kerajaan nak cakap apa kalau dorang boleh ba ...

sebab itu lah kelantan dan ganu takde 99, kk mart , takut menyaingi peniaga tempatan
tak tau la kedah dan perlih ada ke dak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 09:06 AM | Show all posts
blue_blur replied at 19-3-2024 09:00 AM
speedmart dan kkmart ni dua2 pembunuh kedai runcit.... kerajaan nak cakap apa kalau dorang boleh ba ...

betul kalu tak dulu sopim kat kedai2 runcit jah..tapi itula nk jadikan kedai2 runcit berkonsepkan mini mart makan modal org kita meniaga jenis bisnes sesambil lalu depan umah mmng tak bole gi jauh. satu lagi kena fokus..fokus dan fokus. takle nk buat satu sini satu sana. cepatla cinpet bertindak otak bisnes bangsa tu mmng tak bole lawan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 09:17 AM | Show all posts
salimrock replied at 19-3-2024 09:06 AM
sebab itu lah kelantan dan ganu takde 99, kk mart , takut menyaingi peniaga tempatan
tak tau la ke ...

johor speedmart takda... tapi akan datang tak tau la... tapi kalau tak dibenarkan masuk, maknanya benda ni boleh dihalang...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 09:18 AM | Show all posts
rospinki replied at 19-3-2024 09:06 AM
betul kalu tak dulu sopim kat kedai2 runcit jah..tapi itula nk jadikan kedai2 runcit berkonsepkan  ...

yang boleh survive tu, dia bagi kredit... tapi tersepit la juga... selagi ada customer tetap (peniaga2) boleh la dia bernafas...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 09:20 AM | Show all posts
salimrock replied at 19-3-2024 09:06 AM
sebab itu lah kelantan dan ganu takde 99, kk mart , takut menyaingi peniaga tempatan
tak tau la ke ...

masalahnya kedai2 melayu islam tak banyak cawangan, di tambah pula sentiasa barang takde, buka kedai lewat, mahal dr kedai cina, etc

melayu kena ada kartel juga utk bersaing dgn kartel cina...

masalah lain pula, kartel cina suka sogok kerajaan dgn duit...and we all know, melayu mudah di beli

so dimanakah solusinya?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.059496 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list