CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3557|Reply: 0

[Kelantan] 50 pesawah kerugian besar, padi rosak akibat kemarau

[Copy link]
Post time 19-3-2024 08:59 AM | Show all posts |Read mode
50 pesawah kerugian besar, padi rosak akibat kemarau


Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my



Pesawah, Rasul Zulkifli, 26, (kiri) bersama rakannya, Mohd Arif Mat Ghani, 30, menunjukkan tali air yang menjadi punca air kering kontang mengakibatkan tanah padi seluas 200 hektar yang diusahakan mereka rosak akibat ketiadaan air berikutan musim kemarau ketika tinjauan di Kampung Aur Duri, di sini, FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR




Pasir Mas: Lebih 50 pesawah membabitkan tanah padi seluas lebih 200 hektar di Kampung Aur Duri di sini, buntu apabila sebahagian besar sawah padi yang diusahakan mereka rosak akibat ketiadaan air berikutan musim kemarau.

Mereka mendakwa, sebahagian besar padi yang diusahakan mereka sejak Disember lalu itu mulai rosak sejak dua minggu lalu, manakala sebahagian lagi hanya mampu bertahan seminggu sahaja.

Lebih malang, impian pesawah berkenaan yang mahu mengaut keuntungan juga tidak kesampaian, sebaliknya berdepan kerugian puluhan ribu ringgit setiap seorang.

Tinjauan di kawasan berkenaan mendapati, tanah sawah di lokasi berkenaan kering dan merekah, manakala tali air yang menjadi punca air mereka juga kering kontang.

Bagaimanapun, lokasi sawah berkenaan tidak sampai satu kilometer (km) dari Sungai Kelantan dan terdapat juga pam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di Sungai berkenaan, namun penduduk mendakwa air tidak sampai ke sawah mereka.

Pesawah, Rasul Zulkifli, 26, berkata, situasi yang berlaku sangat mengecewakan kerana sudah tiga musim berturut-turut dia mengalami kerugian akibat masalah air.

"Saya mengusahakan sawah seluas enam hektar dan hampir keseluruhan sudah rosak. Tinggal sebahagian kecil sahaja masih selamat, namun hanya mampu bertahan seminggu sahaja lagi.

"Saya buntu, modal dikeluarkan membabitkan puluhan ribu, beberapa lembu juga sudah dijual kerana mahu dijadikan modal padi dengan harapan mampu memperoleh keuntungan.

"Namun, sebaliknya berlaku apabila saya berdepan kerugian dan modal pun lebur, macam mana nak bayar hutang dengan Agrobank pun saya tidak tahu," katanya ketika ditemui di sini.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu turut meluahkan rasa kesal kepada Kada apabila disifatkan gagal menyelesaikan masalah yang berlaku menyebabkan pesawah berdepan kerugian.

"Sepatutnya Kada sedar setiap tahun berlaku musim kemarau dan sudah ada langkah proaktif yang perlu dilakukan. Kita juga akui musim kemarau, namun lokasi sawah kami begitu dekat dengan Sungai Kelantan dan air di sungai berkenaan masih banyak, kenapa tidak dapat disalurkan air?

"Kami juga melihat ada pam di sungai berkenaan namun air tidak juga sampai ke sawah kami. Inilah masalah kami saban musim sejak beberapa tahun lalu, sampai bila kami terpaksa berdepan kerugian.

"Justeru, saya menyeru Kada supaya menyelesaikan masalah kami yang ketiadaan air ini supaya dapat mengurangkan lebih banyak kerugian," katanya yang sepatutnya padi berkenaan dapat dituai pada akhir bulan depan.

Rakannya, Mohd Arif Mat Ghani, 30, yang mengusahakan sawah seluas 28 hektar sejak 15 tahun lalu berkata, dia berdepan kerugian hampir RM80,000 sekiranya masalah air tidak dapat diselesaikan dalam masa beberapa hari.

"Keadaan padi saya sudah tenat, sebahagian besar sudah bertukar kuning dan tidak boleh dibaja akibat tanah yang kering.

"Saya amat berharap Kada mampu menyelesaikan masalah air secepat mungkin bagi mengelak lebih ramai pesawah berdepan kerugian," katanya.



Disiarkan pada: Mac 19, 2024 @ 8:06am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 1939 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16324 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9211 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.048277 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list