CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3212|Reply: 0

[Perlis] Bantu ibu bapa bertarawih

[Copy link]
Post time 19-3-2024 10:16 AM | Show all posts |Read mode

ANAK-ANAK jemaah di Masjid Saidina Umar Al-Khattab disediakan pelbagai aktiviti menarik sambil dijaga dua wanita yang diupah pihak masjid.

Kangar: Pihak Masjid Saidina Umar Al-Khattab di sini, mengambil inisiatif menyediakan bilik khas di masjid itu untuk perkhidmatan mengasuh kanak-kanak sepanjang Ramadan ini bagi memudahkan ibu bapa menunaikan solat Tarawih.

Setiausaha masjid itu Mohd Iqbal Mohd Shariff berkata, tahun ini merupakan kali kedua pihak masjid melaksanakan program Child Care Centre dan mengupah dua wanita untuk menjaga kanak-kanak sepanjang Ramadan ini.

Beliau berkata, perkhidmatan yang disediakan secara percuma itu mendapat sambutan baik daripada ibu bapa dan ia juga antara usaha untuk mengimarahkan dan mendekatkan kanak-kanak pada masjid seiring dengan cogan kata institusi berkenaan iaitu Masjid Untuk Semua.

"Kita bagi servis kepada ibu bapa yang berhajat nak datang (bersolat Tarawih), kita buat tempat mereka boleh tinggalkan anak (di masjid itu) dan boleh sembahyang dengan selesa tanpa perlu fikir anak mereka mengganggu orang lain di masjid," katanya ketika ditemui pemberita di masjid itu.



Mohd Iqbal berkata, pelbagai aktiviti bermanfaat disediakan untuk kanak-kanak setiap malam yang dikendalikan dua tenaga pengajar di situ antaranya melukis, tayangan video dan slot hafazan doa-doa pilihan.

Sementara itu, Aleesya Rahmat, 7, berkata dia sangat seronok datang ke masjid bersama ibu bapanya kerana dapat berjumpa ramai kawan dan boleh belajar membaca doa-doa pilihan seperti doa makan selain bermain permainan dengan kawan-kawan.

Lokman Nur Hakim Muhammad Hanif, 10, yang ke masjid bersama bapanya berkata dia akan menunaikan solat isyak dahulu sebelum menyertai kawan-kawan lain melakukan aktiviti di pusat berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ibu-bapa-bertarawih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.142816 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list