CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2430|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kastam rampas rokok seludup dianggarkan RM7.92 juta

[Copy link]
Post time 19-3-2024 12:34 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Kastam Pulau Pinang, Roselan Ramli (tengah) menunjukkan antara 9 juta batang rokok putih yang disyaki tidak berkastam dengan nilai anggaran termasuk cukai berjumlah lebih RM7.9 juta. - Foto NSTP/DANIAL SAAD

BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas sembilan juta batang rokok putih dianggarkan bernilai RM7.92 juta termasuk cukai, yang dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini melalui Pelabuhan Klang, Selangor, pada 7 Mac lalu.

Pengarah JKDM negeri, Roselan Ramli, berkata rokok berkenaan ditemukan hasil pemeriksaan ke atas sebuah kontena yang ditahan ketika berlabuh di pelabuhan itu kira-kira jam 10.40 pagi.

"Hasil pemeriksaan rapi ke atas kontena terbabit menemukan sebanyak 900 kotak mengandungi sembilan juta batang rokok putih disyaki tidak berkastam yang dianggarkan bernilai RM1.8 juta dan cukai RM6.12 juta," katanya pada sidang media di stor penguatkuasaan Bagan Jermal, di sini, hari ini.

Roselan berkata, kontena itu disyaki berasal dari negara di Asia Tenggara dengan dikendalikan oleh syarikat perkapalan yang mempunyai cawangan di Pelabuhan Klang, dan diimport sebuah syarikat berstatus sendirian berhad di Selangor.



Katanya, modus operandi digunakan adalah dengan mengikrar dagangan itu sebagai perabot, bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Beliau berkata, rokok terbabit dipercayai untuk pasaran tempatan bagi kegunaan pekerja di ladang dan tapak pembinaan.

Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan suspek yang terbabit. Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... nggarkan-rm792-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.081054 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list