CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4253|Reply: 22

[Tempatan] Kecewa martabak daging hanya dipenuhi bawang

  [Copy link]
Post time 19-3-2024 01:23 PM | Show all posts |Read mode
Kecewa martabak daging hanya dipenuhi bawang

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ya-dipenuhi-bawang/

Oleh KOSMO!
19 Mac 2024, 11:18 am


Tangkap layar video yang tular di media sosial memaparkan martabak daging hanya dipenuhi bawang semata-mata.

PETALING JAYA – Seorang pembeli berasa tertipu apabila martabak daging yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di Kedah hanya dipenuhi dengan bawang semata-mata.

Menerusi video tular di Facebook, pembeli terbabit memotong dan mengorek inti dalam martabak yang dibeli dengan harga RM5 untuk mencari dimanakah isi daging seperti yang diiklankan oleh penjual.

Namun, pembeli terbabit hampa apabila isi martabak itu hanya dipenuhi dengan bawang semata-mata tanpa mengandungi sebarang inti daging.

“Tak sangka beli martabak daging dapat ‘extra’ bawang. Niat nak sokong orang kita, tapi macam nilah pula jadi kan. Mungkin bawang lagi mahal dari daging.

“Lepas korek-korek adalah jumpa juga, itu pun secebis je. Sedih, dah semangat dah nak makan,” tulis pengguna tersebut.

Sehingga kini video yang dimuat naik di TikTok telah mendapat lebih 277,900 tontonan, 3,577 tanda suka dan 408 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur melihat martabak yang dipenuhi dengan bawang itu selain ada juga mengakui turut berdepan dengan situasi yang sama.

“Ada kat bazar Felda Mempaga, martabak kobis, ayam atau daging dia letak roh je. Isi dia hilang ditelan bumi,” komen Isya Syafiq.

“Martabak bawang ini orang panggil. Mesti harga RM5 kan. Saya pun terkena tapi siap pakej kuah ‘ceroi’ (cair) dan martabak nipis,” komen Wawa.

“Sejak dua tahun lepas, kualiti makanan bazar makin teruk. Tahun ini tak pergi lagi. Banyak pula baca kes orang terkena dengan makanan-makanan di bazar,” komen pengguna lain pula. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan murtabak daging. Yinnih murtabak perasa daging. Tah2 rasa pon xde. Rasa telur n bawang je sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 01:56 PM | Show all posts
100 bazar 100 pembeli 100 orang kecewa 100 benang kecewa
benda biasa orang alami time puasa
makanan bazar memang macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 02:48 PM | Show all posts
sanggup plak dia p korek martabak (ejaan br kan?) tu. mkn je la cam biasa, leh rasa kot ada daging x. pastu aku x paham, dah jd trend ke skrg beli mknn kat bazar ramadan utk dijdkan konten mcm ni? murtabak ada bwg je (tu nasib ada telur sekali, klu bwg je dah jd roti bwg dah), nasik lemak sambal sos cili + sos tiram, yadda yadda yadda
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiap2 tahun Ada isu macam ni. Peniaga ni Elok tak payah puasa lah kalau asyik nak tipu pelanggan, Harga Mahal. ....serupa tak payah puasa lah sia sia je kalau perangai macam ni. Yahudi pun tak niaga cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke bawang bahan premium skang...berbaloi le beli penuh bawang sbb makan bahan mahal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2024 05:00 PM | Show all posts
taip tahun menu bazar ramadhan ulang cerita sama
tapi tahun depan kau ulang pergi lagi kan
kan kan kan kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aritu pujiah lynas ckp murtabak mahal sbb rega bawang naik, yg ni dh knp penuh plk bwg?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 05:29 PM | Show all posts
lain kali order la martabak tanak bawang
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat tmpt i , kuah bawang dah xder..bawang mahaiiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepanjang aku beli murtabak dgn roti John mmg x rs pun dagingnya. Ontah
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 07:25 PM | Show all posts
Kata bawang mahal. Kenapa letak banyak bawang?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Aq dh terkena tahun lepas,mmg beli martabak ayam/daging penuh bawang je,dhla kuah dia pon x sedap,mujur tahun ni ada 2 gerai baru jual martabak,dua2 sedap satu jual martabak jala ayam/daging rm6,satu lagi gerai jual martabak biasa tapi mmg ada ayam/dagingnya xdelah penuh bawang je rm5 xyah hadap dh martabak bawang tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka je Bawang byk dlm apa2 lauk pun. Buat ayaq asam boh Bawang byk2. Perghhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
padan la mutabak semakin mahal
isi bawang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols beli tempat yang biasa beli je
Mmg banyak Daging dan Ayam nya
Rm5 je..
Pernah beli tempat lain rm4.50 mmg rasa bawang je..Jadi iols.beli.balik kat tempt biasa tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 09:21 AM | Show all posts
Beli popia Azhar yg dah established tu semalam tapi masa berbuka makan kulit popia tu kenapa keras sedangkan popia basah. Dulu ok je kulit popia dia maintain lembut
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 09:23 AM | Show all posts
iolls xg bazar tahun ni...boikot
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 09:31 AM | Show all posts
iols semalam beli lagi murtabak dari tmpt yg sama mgu lepas murtabak dia tebal isi daging dan bawang je. puas makan, tapi semalam beli agak nipis dah mcm dicalit2 gitu jah kena pakai teropong baru jumpa tapi adala nmpk jgak cebisan-cebisan daging dia. rm5 ok la kuah pun sedap.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.073014 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list