CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2651|Reply: 0

[Pulau Pinang] Simpan lebih 200 haiwan liar dilindungi, peniaga didenda RM70,000

[Copy link]
Post time 19-3-2024 01:45 PM | Show all posts |Read mode

Kok Keong mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan menyimpan lebih 200 hidupan liar yang dilindungi, secara tanpa lesen pada Julai tahun lalu. - NSTP/DANIAL SAAD

BUTTERWORTH: Seorang peniaga didenda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan menyimpan lebih 200 hidupan liar yang dilindungi, secara tanpa lesen pada Julai tahun lalu.

Tertuduh, Loh Kok Keong, 46, turut berdepan hukuman penjara 30 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Hakim Noor Aini Yusof membuat keputusan itu selepas meneliti kertas pertuduhan serta fakta kes yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketujuh, bapa kepada dua anak itu didakwa menyimpan sejumlah 197 ekor ular 'Ball Python', tujuh kura-kura pelbagai spesies dan dua iguana di mana semua haiwan terbabit adalah hidupan liar yang dilindungi.


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah kenderaan dan dua rumah beralamat di Butterworth, antara 16 dan 17 Julai 2023.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan boleh dihukum bawah Seksyen 60 (1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 (Akta A1646).

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Nazaruddin Kamaruddin dan Nadzatul Nattassha Mustapa Kamal, manakala tertuduh diwakili peguam, Foong Choon Kit.

Pada prosiding itu, Choon Kit merayu hukuman denda minimum dikenakan terhadap anak guamnya dengan alasan tertuduh perlu menyara isteri bersama dua anak lelaki masih bersekolah dan ibu bapa yang uzur.

Beliau berkata, anak guamnya juga telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan berkenaan, selain berusaha memohon lesen daripada pihak PERHILITAN bagi menunjukkan dia bertaubat atas kesalahan dilakukannya itu.

Selain itu, katanya, pengakuan bersalah yang dibuat pada peringkat awal oleh tertuduh juga menjimatkan masa semua pihak, termasuk mahkamah.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran serta pendedahan kepada masyarakat bahawa hidupan liar perlu dilindungi memandangkan ia adalah khazanah alam.

Hakim kemudian menetapkan hukuman denda berjumlah RM70,000 atas semua pertuduhan dan jika gagal membayarnya, tertuduh akan dipenjarakan selama 30 bulan.
https://www.bharian.com.my/berit ... aga-didenda-rm70000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.053859 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list