CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4166|Reply: 0

Perancangan Southgate untuk Alexander-Arnold tidak kesampaian

[Copy link]
Post time 19-3-2024 03:16 PM | Show all posts |Read mode

Pengendali England, Gareth Southgate (kiri) sebelum ini merancang meletakkan Trent Alexander-Arnold (kanan) di barisan tengah dalam perlawanan menentang Brazil dan Belgium. - Foto AGENSI

LONDON: Pengendali England, Gareth Southgate sebelum ini merancang meletakkan Trent Alexander-Arnold di barisan tengah dalam perlawanan menentang Brazil dan Belgium.

Pilihan Southgate di barisan belakang, terutamanya bek tengah, terhad ketika dia menamakan skuad terkininya Khamis lalu dengan Reece James, Kieran Trippier dan Luke Shaw tidak dapat dipanggil kerana kecederaan - termasuk bek kanan, Alexander-Arnold, yang mempunyai masalah hamstring.

Southgate mahu mencuba Alexander-Arnold di posisi tengah bagi meluaskan pilihannya di bahagian itu menjelang Euro 2024.

Sekiranya berhasil ketika pertemuan dengan Brazil dan Belgium - pasukan di ranking keempat dan kelima dunia - pemain Liverpool itu pasti akan memainkan peranan penting di Jerman, tetapi kecederaan merencatkan perancangan Southgate.



Tidak banyak pilihan di belakang gandingan tengah utama, Declan Rice dan Jude Bellingham, antaranya Kalvin Phillips yang digugurkan daripada skuad kerana masalah prestasi.

Seorang lagi pemain tengah, Jordan Henderson dijangka akan melapor diri hari ini walaupun terpaksa dikeluarkan ketika aksi bersama Ajax pada Ahad.

Southgate menjangkakan semua pemain akan bersamanya di St George's Park, walaupun dia masih menanti laporan penuh kecederaan buku lali Harry Kane ketika kemenangan Bayern Munich ke atas Darmstadt pada Sabtu.

Sementara itu bek tengah Arsenal, Gabriel Magalhaes akan terlepas aksi persahabatan di Wembley pada Sabtu ini selepas dia menarik diri daripada skuad Brazil semalam kerana masalah kecederaan. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ld-tidak-kesampaian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.053480 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list