CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7220|Reply: 64

[Tempatan] Tiong King Sing gesa pimpinan UMNO, KM Melaka tegur Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh

[Copy link]
Post time 19-3-2024 03:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 19-3-2024 07:23 AM

Tiong gesa pimpinan Umno, KM Melaka tegur Akmal

https://www.malaysiakini.com/news/699909

Diterbitkan:  Mar 19, 2024 2:34 PM⋅
Dikemaskini: 2:59 PM



Menteri Pelancongan Tiong King Sing menyeru kepimpinan Umno tidak terus membiarkan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh memperbesar-besarkan isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Tiong berkata Umno perlu memandang serius tindakan Akmal dan tidak membiarkannya menggunakan platform Pemuda Umno dan statusnya sebagai pemimpin untuk mengejar agenda peribadi.

“Saya lebih bimbang sekiranya pemimpin kanan Umno tidak mempedulikan gelagat dan sikap Akmal selaku ketua Pemuda Umno, maka ini akan mengakibatkan rakyat terus berpandangan negatif terhadap Umno, malah tidak mustahil Umno terus ditolak oleh rakyat yang cintakan keamanan, perpaduan dan dahagakan politik matang,” katanya.

Mengulas lanjut, Tiong juga menggesa Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh supaya bertindak tegas terhadap Akmal yang juga exco kerajaan negeri itu.

“Saya telah mendapat maklum balas bahawa rakyat dan akar umbi Melaka telah membuat aduan dengan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sikap angkuh Akmal.

“Jika tidak diperbetulkan segera, ini mungkin memberi kesan negatif kepada perkembangan politik Melaka pada masa hadapan,” tegasnya.

Sebuah rangkaian kedai serbaneka KK Mart di Sunway baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila didapati menjual stoking tertera kalimah Allah.

Susulan kontroversi itu, pengasas KK Super Mart, KK Chai membuat permohonan maaf, selain menjelaskan produk tersebut adalah 'consignment' daripada vendor dan pihaknya telah berhubung dengan vendor terbabit untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Namun, ia tidak terhenti disitu apabila Akmal dengan lantang menyatakan permohonan maaf saja tidak mampu “menutup buku” berhubung kontroversi itu.

Mengulas lanjut, Tiong berkata Akmal tidak sepatutnya “menunggang” isu berkenaan untuk meraih modal politik kerana ia boleh merosakkan keharmonian masyarakat.

Kata Tiong, semua pihak seharusnya bertenang dan tidak lagi “menyimbah minyak ke api” yang sedang mahu reda.

“Sebaliknya, berilah peluang kepada pihak KK Super Mart membetulkan kesilapan dan Akmal juga tidak perlu lagi mengambil kesempatan terhadap isu ini untuk menjadi hero,” katanya.

Menurut Tiong, dia percaya bahawa sebagai sebuah perusahaan perniagaan, KK Super Mart telah banyak menyumbang dan memberi manfaat kepada masyarakat, terutamanya dalam meningkatkan ekonomi serta mewujudkan peluang pekerjaan.

“Ini fakta dan realiti yang tidak dapat dinafikan. KK Super Mart mempunyai melebihi 800 cawangan di seluruh negara, dan pekerjanya terdiri daripada pelbagai kaum termasuk pekerja Melayu.

“Jika kontoversi stoking terus memuncak, ia mungkin mewujudkan jurang antara pekerja, dan lebih teruk lagi, ia akan menjejaskan mata pencarian sebilangan besar pekerja. Adakah ini yang Akmal mahu lihat?” soalnya.

Sehubung itu, Tiong berkata adalah penting untuk semua pihak bertolak ansur dan menerima permohonan maaf ikhlas syarikat terbabit dengan hati yang terbuka.

Tambah Tiong, dia juga menggesa semua pemimpin politik supaya bertenang dan menghentikan pertelagahan.

“Sebaliknya, berikan sepenuh tumpuan terhadap agenda membangunkan negara demi kebaikan rakyat,” katanya.

Akmal dan Tiong sebelum ini dilihat berselisih dan saling melemparkan kecaman di media sosial, dengan ketua Pemuda Umno itu menggesa Tiong dipecat.

Ini berikutan beberapa isu, termasuk berhubung cadangan untuk bak kut teh dimasukkan dalam senarai makanan warisan negara.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, semalam berkata pihak KK Super Mart akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

Dalam kenyataan berasingan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata dua kertas siasatan dibuka selepas pihaknya menerima 42 laporan.

Katanya, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan perpaduan.

Menurutnya, kes juga disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila sudah tiada kuasa. Malu aku jd umno ni, parti2 lain buat umno ni mcm kucing kurap
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 03:30 PM | Show all posts
dok sibuk bagai cina ni..goyang lain macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mabuk ke? Yahudi mabuk?


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 03:33 PM | Show all posts
bising la kau bab satu
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata Tiong, semua pihak seharusnya bertenang dan tidak lagi “menyimbah minyak ke api” yang sedang mahu reda.

Dah lupa ke peristiwa menteri pasang tujuh tanglung? Tak reti bertenang ke masa tu?

Selama ni Melayu yg duk shopping kat kkmart. Takut sangat orang Melayu tak beli.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya persoalkan nape ada pihak nak cabar agama Islam..pihak tu la yg patut di kecam nak rosakkan keharmonian kaum...balik2 suruh terima permohonan maaf je...lain kali buat lagi minta maaf, maafkan...ulang sampai ajm
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 03:44 PM | Show all posts
tegur yg jual stoking tu...
kenapa perlu nak menaikkan kemarahan umat islam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 19-3-2024 03:24 PM
Apabila sudah tiada kuasa. Malu aku jd umno ni, parti2 lain buat umno ni mcm kucing kurap

bior...depa rasa..bila amik kesempatan ke atas 'sesama kita'.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Diam la gendut.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 19-3-2024 04:37 PM
Diam la gendut.

jgn ko..dia PM sementara nunggu pmx balik...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka sepet yg racist
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sgt umngok dh jd parti boneka, dia blh arah2 wak jahit & km mlk utk amik tindakan kt ketua pemuda. Patut la nuart diam x berkutik bila sing nih sukahati kacau immi....& byk lg la
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Diam la buntal
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Diam la UMNO..Bodo..wakil Master DAP dh suruh diam tuu...hahahahahha..

Mcmni UMNO dilayan..? Umpama pelacur tua yg tak laku..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko tunggu agong tegur ko
Semua ko nk sakau kt untuk kaum ko
Jalan dapat kampung dpt makanan dpt
Xsedar diri dok tanah melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Gemok sbb byk melantak Bak Kut Teh dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi sound agong gak la kalau berani...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 19-3-2024 08:48 PM
miss_white replied at 19-3-2024 08:12 PM
Ko tunggu agong tegur ko
Semua ko nk sakau kt untuk kaum ko
Jalan dapat kampung dpt makanan dpt


Melayu sindiri kasi maaa...telima kasih sama melayu... lain pru lg undi ph  la...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 09:03 PM | Show all posts
melayu diperhambakan seperti komunis memperhambakan melayu masuk utan bunuh melayu lain

thats a fact
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.650214 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list