CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17092|Reply: 29

[Jenayah] Kifarah buat si penyamun

[Copy link]
Post time 20-3-2024 12:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 20-3-2024 12:48 AM

ALOR SETAR – Seorang pemuda berusia 29 tahun maut akibat dilanggar sebuah kereta dalam kejadian cubaan samun di pekan Kuala Kedah di sini kira-kira pukul 6.39 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika pemuda yang maut bersama dua rakan subahat dipercayai mahu menyamun lelaki berusia 32 tahun terbabit.

“Ketika kejadian lelaki itu berada di dalam keretanya manakala pemuda dan dua rakan yang mahu melakukan samun menaiki dua motosikal. Salah seorang suspek bertindak memukul cermin kereta pengadu di bahagian hadapan menggunakan sebatang objek sehingga pecah,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Shukri, pemuda itu mendakwa, akiubat ketakutan dia bertindak memecut keretanya sebelum melanggar motosikal dinaiki pemuda terbabit yang cuba menghalang di bahagian hadapan kereta.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika pemuda yang maut bersama dua rakan subahat dipercayai mahu menyamun lelaki berusia 32 tahun terbabit.

“Ketika kejadian lelaki itu berada di dalam keretanya manakala pemuda dan dua rakan yang mahu melakukan samun menaiki dua motosikal.
Salah seorang suspek bertindak memukul cermin kereta pengadu di bahagian hadapan menggunakan sebatang objek sehingga pecah,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Shukri, pemuda itu mendakwa, akiubat ketakutan dia bertindak memecut keretanya sebelum melanggar motosikal dinaiki pemuda terbabit yang cuba menghalang di bahagian hadapan kereta.

Menurut beliau, suspek kes cubaan samun yang dilanggar itu kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan polis sedang mengesan dua lagi suspek yang melarikan diri.

Tambahnya, polis membuka dua kertas siasatan serentak iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) ke atas lelaki yang melanggar pemuda terbabit dan Seksyen 393 KK ke atas dua suspek yang masih bebas. – KOSMO! ONLINE




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Mati sorang orang jahat.


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 05:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Cash on the spot.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-3-2024 12:27 AM
Mati sorang orang jahat.


Apa beza tasbih kifarah dengan bayar kifarah bersetubuh di siang hari dalam bulan Romadon?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau iols pung iols pecut
Dengan cermin depan pecahnya..takkan nak menyerah sebegitu sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada kemungkinan lelaki ni kena naik court juga. Mcm sebelum ni kes bunuh perompak, mangsa kena hukuman gantung kan sebab bunuh perompak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2024 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Hopefully mangsa yg terpaksa hadap seksye  302 kanun keseksaan tu terlepas la hukuman, pakai lawyer power boleh lepas kot dgn pembelaan terlanggar sbb diri diancam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg masuk seksyen 302 la..kena naik court untuk tentukan bersalah atau tak. Agaknya klau xde duit nak hire lawyer mcm mana ek...gomen ada skim utk org mcm ni x..buat probono..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 07:41 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 20-3-2024 06:16 AM
Ada kemungkinan lelaki ni kena naik court juga. Mcm sebelum ni kes bunuh perompak, mangsa kena hukum ...

ye..risau die kantoi bunuh dgn niat..xpsl je weh...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 07:51 AM | Show all posts
bukan boleh menang kes kan kalau alasan untuk mempertahankan diri?..

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 09:35 AM | Show all posts
dah mati penyamun, mangsa pulak kena hadap pulis.. smoga dipermudahkan... naya betul...

tu pun ada yg bela penyamun ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 09:41 AM | Show all posts
Semoga yang melanggar penyamun sehingga mampus jangan sampai terpaksa melupakan Hari Raya Puasa (bagi orang Islam) apabila masuk lokap ataupun penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 09:58 AM | Show all posts
tengok memang cermin depan kereta tu pecah, maybe betul tuduhan nak samun..
jangan ada plot twist sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
cutieslilies replied at 20-3-2024 07:51 AM
bukan boleh menang kes kan kalau alasan untuk mempertahankan diri?..

Menang kalah berdasarkan kabel jer..semua alasan boleh kisar sampai lumat..cer tengok yang lenyek budak sekolah tu..kat mana dah kes tu berjalan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 10:06 AM | Show all posts
kesian nya..kalau aku pon akan pecut kot..dari pada ilang nyawa baik lari...tapi tu la undang2 manusia..apapon kurang la sorang sampah kat malaysia ni..lagi 2 tu kasi tembak
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 10:08 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 20-3-2024 06:16 AM
Ada kemungkinan lelaki ni kena naik court juga. Mcm sebelum ni kes bunuh perompak, mangsa kena hukum ...

kalau tak silap kes yg sebelum ni perompak/pencuri dah lari tapi dikejar dan diserang sampai mati. sekali lagi nak maklumkan kalau mat pit tu, body diorang lemah..jgn pukul macam nak rak..sonang ke alam lain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 10:09 AM | Show all posts
Belibis replied at 20-3-2024 10:02 AM
Menang kalah berdasarkan kabel jer..semua alasan boleh kisar sampai lumat..cer tengok yang lenyek  ...

tu la..susah nak kabo...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 10:10 AM | Show all posts
adan uka. 2 lagi tu pon patut di lenyek juga skali. panjang pulak umur nya
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 10:12 AM | Show all posts
grouper replied at 20-3-2024 06:38 AM
Mmg masuk seksyen 302 la..kena naik court untuk tentukan bersalah atau tak. Agaknya klau xde duit na ...

rasa boleh tukar ke 304 nanti..cermin depan dah pecah, jadi mana dia nak tau langgor sikit ke langgor banyak ke, ada ramai orang kat depan ke...lagipun mana dia tau orang tu nak rompak sahaja, mungkin juga dia ada musuh dan takut ada orang nak bunuh ke...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 10:18 AM | Show all posts
“Ketika kejadian lelaki itu berada di dalam keretanya manakala pemuda dan dua rakan yang mahu melakukan samun menaiki dua motosikal.
Salah seorang suspek bertindak memukul cermin kereta pengadu di bahagian hadapan menggunakan sebatang objek sehingga pecah,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Shukri, pemuda itu mendakwa, akibat ketakutan dia bertindak memecut keretanya sebelum melanggar motosikal dinaiki pemuda terbabit yang cuba menghalang di bahagian hadapan kereta.


Lepas kot. Nak elak acaner kalau cermin depan pecah separuh bahagian di bahagian pemandu (rujuk pic)... view depan jadi limited+panik.
Kau pulak block kat depan, memang kena rempuh laa mat.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.083685 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list