CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4237|Reply: 26

[Tempatan] Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh, tetap mahu KK Mart diboikot lepas ditegur tiga menteri

[Copy link]
Post time 20-3-2024 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Akmal tetap mahu KK Mart diboikot lepas ditegur tiga menteri

https://www.malaysiakini.com/news/699995

Diterbitkan:  Mar 20, 2024 9:22 AM⋅
Dikemaskini: 9:22 AM



Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh tetap tidak berganjak dari desakan untuk memboikot KK Mart berhubung kontroversi stoking dengan tulisan "Allah".

Ini meskipun selepas ditegur oleh tiga menteri setakat ini.

Mengulas Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Akmal berkata dia tidak memerlukan persetujuan DAP untuk perkara itu.

“Saya tak perlu dapatkan persetujuan DAP untuk mempertahankan agama saya dari dihina. Siapa pun kamu, saya tak pernah takut dan tak pernah gentar. Fullstop! Kekal boikot!" katanya di Facebook malam tadi.

Semalam, Loke berkata DAP tidak bersetuju dengan pendekatan Akmal menegur KK Mart.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke

Dia turut mempersoalkan sama ada ketua Pemuda Umno itu akan bertindak demikian sekiranya melibatkan syarikat milik orang Islam.

Sementara itu, Akmal turut menolak amaran Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing bahawa orang ramai mungkin memandang negatif Umno sekiranya ketua pemuda parti itu tidak ditegur.

“Boleh tak seseorang beri cermin pada dia ni? Boleh cermin diri dulu kot. Kalau tiada jawatan pun saya akan tetap pertahankan agama, bangsa dan tanah air saya," katanya dalam catatan Facebook berasingan malam tadi.

Pada hari Isnin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming juga telah memberi amaran bahawa desakan Akmal terhadap KK Mart mungkin memberi padah kepada Umno.

Akmal membalas dengan memberitahu Nga bahawa KK Mart akan lagi diboikot dengan 'sokongan' Nga terhadap syarikat itu.

Pemimpin Umno itu mengekalkan gesaan untuk memboikot KK Mart walaupun syarikat itu memohon maaf secara terbuka berhubung isu itu berulanga kali - yang turut dipamerkan di semua kedainya.

Stoking yang menjadi pertikaian itu telah ditemui di tiga cawangan KK Mart di Sunway, Selangor minggu lepas.

Menurut pihak berkuasa, hanya lima pasang stoking berada di rak.

KK Mart telah menamatkan perjanjiannya dengan pembekal stoking itu, yang seterusnya menyalahkan sebuah syarikat di China kerana tersilap menghantarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 09:36 AM | Show all posts
teruskan boikot....boikot jugalah Pau Ahmad, Bihun Cap Masjid....etc
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 09:40 AM | Show all posts
menteri melayu?
anyone???

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 09:54 AM | Show all posts
buat la gerakan besar besaran...jgn sembang saje, nanti apek pemakan babi akan gelakkan aje
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 10:06 AM | Show all posts
sekarang ni kalau nak sabotage perniagaan orang senang sangat.
campak jer lipas yg kecik kecik tu dalam lauk, kuah laksa kedai sebelah, lepas tu buat buat terjumpa dan viralkan...

adil ker kalau terus boikot...?

KK mart ni pun mesti ada pesaing dia, lagi parah impact sebab boleh sampai ke tahap perkauman. Apa yg KK mart boleh dapat kalau betul jual stokin tu? kerja bodoh kan.
sebaliknya apa yang rival dia boleh dapat? Nampak jelas kat situ kan..

saya pun tak pernah masuk KK mart ni,speed mart adalah tu pun bila dah terdesak.
so boikot ke tak, tak ada kesan pun. Tapi yg kesian kat pekerja pekrja dia orang lah kalau KK mart tu terpaksa ditutup.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 10:15 AM | Show all posts
ini lah bila semua perniagaan dikuasai bangsa cina, melayu hanya sebagai pembeli. kalau pemilik kk mart speed mart dan sejenisnya adalah melayu, mungkin takde masalah provokasi agama mcm ni kan..takde isu boikot dan takdelah isu pekerja mereka jadi pengganggur kerana terkesan dgn boikot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2024 11:10 AM | Show all posts
ada la sikit benda org umno nk tumpang bangga
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 11:38 AM | Show all posts
Hessa replied at 20-3-2024 10:15 AM
ini lah bila semua perniagaan dikuasai bangsa cina, melayu hanya sebagai pembeli. kalau pemilik kk m ...

Kalau tokey KK Mart ni melayu dan perkara sebegini terjadi adakah akan diboikot juga?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 11:41 AM | Show all posts
duit sendiri, sukati nak boikot atau tak
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 11:41 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 20-3-2024 11:38 AM
Kalau tokey KK Mart ni melayu dan perkara sebegini terjadi adakah akan diboikot juga?

pernah ada tak kes kedai melayu hina islam for the past 10 years?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 11:52 AM | Show all posts
ifanonline replied at 20-3-2024 11:41 AM
pernah ada tak kes kedai melayu hina islam for the past 10 years?

Belum tapi tak mustahil.

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 20-3-2024 09:40 AM
menteri melayu?
anyone???

jaga periuk memasing....nanti ilang periuk..acaner nk raya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 12:03 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 20-3-2024 11:38 AM
Kalau tokey KK Mart ni melayu dan perkara sebegini terjadi adakah akan diboikot juga?

i percaya bukan setakat diboikot, mungkin disaman juga, silap2 bnyk laporan polis kat tokey melayu tu. belum sesi kecam mengecam lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 12:05 PM | Show all posts
ifanonline replied at 20-3-2024 11:41 AM
pernah ada tak kes kedai melayu hina islam for the past 10 years?

belum pernah ada, tapiiii ada berani ke tokey melayu nak buat mcm tu? siapa kuasa membeli kat msia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 12:10 PM | Show all posts
Hessa replied at 20-3-2024 12:03 PM
i percaya bukan setakat diboikot, mungkin disaman juga, silap2 bnyk laporan polis kat tokey melayu ...

Mungkin. Mungkin juga tidak. Dia mungkin dimaafkan kerana tak sengaja.

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 12:22 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 20-3-2024 12:10 PM
Mungkin. Mungkin juga tidak. Dia mungkin dimaafkan kerana tak sengaja.

atas sebab apa? sebab dia berbangsa Melayu? so org Melayu sokong Melayu gitu?..ikutkan semua bangsa ada rasa mcm tu..bukan melayu je.atau adakah mcm org handsome cantik dimaafkan walau dia buat salah? org mmg buat salah,tapi masyarakat takkan melupakan dan itu pasti, tp di satu sudut dh ada sentimen ketidakbolehpercayaan kat situ. dari 100 org membeli contohnya dh menjadi kurang daripada itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 12:25 PM | Show all posts

but it has not happen...benda yg berlaku depan mata kena hukum la, yakni stokin yg menghina Islam tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 12:31 PM | Show all posts
Hessa replied at 20-3-2024 12:22 PM
atas sebab apa? sebab dia berbangsa Melayu? so org Melayu sokong Melayu gitu?..ikutkan semua bangs ...

Betul.
It was a hypothetical question by the way.

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 12:35 PM | Show all posts
ifanonline replied at 20-3-2024 12:25 PM
but it has not happen...benda yg berlaku depan mata kena hukum la, yakni stokin yg menghina Islam  ...

OK.

Just be sensible. Aku memang dah lama cancel KK Mart ni sejak azali sebab harga 7e tapi susun atur taraf kedai acheh ja.


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.100762 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list