View: 4330|Reply: 24
|
[Tempatan]
Air terjun Titi Hayun di Gunung Jerai kering-kontang
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 20-3-2024 10:03 AM
Air terjun Titi Hayun kering-kontang
Oleh
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
20 Mac 2024 08:30am
Mohd Said (kiri) menunjukkan keadaan air terjun Titi Hayun yang kering-kontang.
YAN - Cuaca panas melampau melanda negeri ini memberi kesan terhadap kawasan peranginan Titi Hayun yang sebelum ini pernah dilanda fenomena kepala air, kini menjadi kering-kontang.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi air terjun itu mendapati kapasiti air semakin susut.
Penduduk, Mohd Said Ariffin, 56, berkata, dia mula menyedari keadaan itu sejak hujung Januari lalu.
“Situasi ini menyebabkan kawasan peranginan Titi Hayun semakin hilang seri apabila tiada lagi kedengaran bunyi deruan air terjun seperti kebiasaan.
“Memang tahun ini cuaca panas agak luar biasa, selalunya tidaklah sampai ke tahap ini, air pun terasa panas, saya boleh nampak hanya terdapat kawasan tertentu sahaja ada terbentuk lopak air,” katanya.
Mohd Said berkata, sekiranya fenomena El Nino ini berlarutan, pengunjung tidak lagi akan memilih kawasan peranginan di daerah ini untuk mandi-manda sekali gus menjejaskan sektor pelancongan desa di sini.
Pemandu lori, Firdaus Mustafa, 26, berkata, dia menjadikan Titi Hayun sebagai tempat berehat dan berhenti makan sejak setahun lalu.
“Sebelum ini, saya akan makan di sini, tapi sejak sebulan lalu, pengunjung berkurangan kerana air semakin kering, banyak gerai yang tutup apabila tiada pelanggan.
“Saya dan rakan sekerja pula akan berhenti untuk mandi di sini pada waktu rehat, tapi sekarang sudah tak boleh kerana air kering, di bulan puasa ini, kami hanya singgah untuk melelapkan mata seketika sebelum menyambung pemanduan,” katanya.
Seorang pengunjung melihat situasi terkini tiada lagi air terjun setinggi kira-kira 100 meter di Seri Perigi, Yan, Kedah.
Kelindan, Mohd Fauzi Md Yahya, 55, berkata, selain Titi Hayun, keadaan lokasi peranginan air terjun Batu Hampar di sini juga susut.
Menurutnya, hanya bongkah batu yang kelihatan menjadikan keadaan peranginan itu semakin suram.
Sementara itu, tinjauan di lokasi perkelahan Seri Perigi kira-kira tiga kilometer dari Titi Hayun pula mendapati tiada lagi air terjun setinggi kira-kira 100 meter itu yang sebelum ini menjadi tumpuan ramai.
Firdaus menunjukkan keadaan air di kawasan peranginan Titi Hayun yang susut akibat cuaca panas.
Ia disebabkan cuaca panas melampau melanda negeri Kedah sejak beberapa bulan lalu.
Sebelum ini, media melaporkan beberapa lokasi air terjun di kaki Gunung Jerai itu pernah dilanda fenomena kepala air sehingga mengorbankan enam nyawa pada 18 Ogos 2021.- SINAR HARIAN
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
... menakutkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah kau orang semua nak jadi lebih arab daripada arab kan tohan dah jadikan kering kontang seperti di padang pasir! Manakala di arab Saudi pula perlahan lahan bertukar kepada tropika. |
|
|
|
|
|
|
|
kedah kedekut takmo salur air kat penang ri tu kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Cash sbb MB mulut cam bontot ayam ka?? |
|
|
|
|
|
|
|
kering kontang wehhh. panas sgt tu |
|
|
|
|
|
|
|
Elok lurus tangan2 abang tu tunjuk kan air terjun yang kekeringan. Tahniah jurukamera.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahun lepas iols ada datang sini, bawak anak mandi pool kat chalet area air terjun seri perigi. Bila dok tepi pool, boleh nampak dari jauh air terjun tinggi sayup atas gunung jerai. Memang cantik sangat view. Dengan berkabus atas gunung. Sekarang ni ntah masih ada lagi ke tak air terjun yang iols tengok tu kalau tengokkan keadaan macam dalam pic kat atas tu . Semua pic kat atas tu iols penah sampai tengok depan mata. Cantik2 alur air terjun, dengan jernih, tambah2 kat air terjun seri perigi. Tak sangka sekarang sampai tahap kering kontang camni.
Macam mana la penduduk yang guna air direct dari air terjun ni, ntah ke dah terputus bekalan air kat rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan perkara pelik sbb musim kemarau..klau berlarutan berbulan bulan barulah pelik |
|
|
|
|
|
|
|
Manakala airterjun di Kota Tinggi dah 7 tahun tak dibuka kepada orang awam. Ntah apa sebabnya. |
|
|
|
|
|
|
|
sejak bila kedah /perlis ni cuaca nyaman??? mmg panas gila kot. tak pernah tak panas. luar biasa panasnya |
|
|
|
|
|
|
|
highcastle replied at 21-3-2024 12:49 PM
Manakala airterjun di Kota Tinggi dah 7 tahun tak dibuka kepada orang awam. Ntah apa sebabnya.
kabar angin bertiup kata dah ada kampeni beli. so literally speaking bukan utk awam.. tapi tanah persendirian |
|
|
|
|
|
|
|
Isytihar darurat je negeri macam ni.
Jangan bagi diorang guna air ...pastu tengok ada rupa macam orang Bukit Malut tak? |
|
|
|
|
|
|
|
kampung aku rasanya dah lebih sebulan xde air gomen. kadang2 tengah malam baru ada air tapi slow yakmat. penduduk upah orang bina saluran paip dari sungai. air laju. tapi sekarang dah slow sebab sungai dah kering.
org report kat SADA, tapi SADA jawab mcm sial. pastu pengecut nak mampos, fb tiktok semua off comment.
tapi area org kaya ada air |
|
|
|
|
|
|
|
musim kemarau,panas melampau |
|
|
|
|
|
|
| |
|