CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3126|Reply: 13

[Tempatan] Sakit hati air oren diminum sebelum waktu berbuka puasa, lelaki tikam rakan sampai mati

[Copy link]
Post time 20-3-2024 10:17 AM | Show all posts |Read mode

Sakit hati air oren diminum sebelum waktu berbuka puasa, lelaki tikam rakan sampai matiRabu, 20 Mac 2024 7:45 AM




Rakan sekerja ditikam gara-gara minum air milik suspek ketika berbuka puasa. -Gambar PDRM


SEORANG pekerja kilang menikam rakan sekerjanya ketika berbuka puasa di hostel mereka di Seksyen 36, Shah Alam pada Selasa.


Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 7.20 malam.


Jelasnya, kejadian itu dipercayai berlaku selepas suspek lelaki berusia 51 tahun berang apabila mangsa dikatakan meminum air oren miliknya ketika berbuka puasa.


"Hasil siasatan polis mendapati mangsa adalah warga Bangladesh berusia 49 tahun dan bekerja sebagai pekerja am.


Manakala suspek adalah warga Pakistan tinggal bersama-sama di dalam kontena yang dijadikan sebagai hostel kilang.


"Kejadian berpunca daripada suspek marah apabila mangsa meminum air berperisa orennya semasa berbuka puasa.


Suspek bertindak menikam mangsa beberapa kali dengan menggunakan sebilah pisau yang diambil daripada dapur," katanya dalam kenyataan pada Rabu.


Tambah Iqbal, suspek kemudian ditahan pada pukul 7.30 malam di lokasi kejadian dan semakan mendapati mereka adalah rakan sekerja.


Dalam pada itu, pisau yang digunakan suspek untuk menikam mangsa turut dirampas oleh pihaknya bagi membantu siasatan.


Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun.


Jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali terhadap tertuduh.


"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat Asistan Superintenden Md Anuar Md Amilah @ Harun di talian 019-2255597," katanya.


https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2024/03/20/sakit-hati-air-oren-diminum-sebelum-waktu-berbuka-puasa-lelaki-tikam-rakam-sampai-mati




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 10:36 AM | Show all posts
mak aiii, sampai mati org tu. paham sakit ati org minum air oren ko, tp bila berposa kan ke kena byk bersabar, berkongsi rezeki mana yg mampu. ni dah hangry sgt ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 11:33 AM | Show all posts
jangan main-main dengan orang tengah lapar ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 11:43 AM | Show all posts
Tajuk kata minum sebelum berbuka tapi artikel kata semasa berbuka. So, mangsa tu puasa ka tak?

Jap lagi adalah fake nick wartawan cari datang serang aku sebab bertanya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 11:49 AM | Show all posts
minum oren pun sampi berbunuh2??

ni jgn2 dh lama dendam
sbb dibuli

gitu spekuan
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 12:11 PM | Show all posts
betul la mcm p ramlee buat...pasal belacan pun nak pancung2 kepala orang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2024 12:14 PM | Show all posts
Dari masa sahur kot heols mengidam nak berbuka dengan air oren. Dah lapar penat kerja bagai tengok pulak member takde rasa bersalah terus togok.

Tak pasal2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 20-3-2024 02:14 PM

Moralnya...KITA HIDUP SECARA AMAN OK....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin dah banyak kali agaknya kena buli camtu.. ni betul2 nekad..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 01:01 PM | Show all posts
kucingitam replied at 20-3-2024 12:11 PM
betul la mcm p ramlee buat...pasal belacan pun nak pancung2 kepala orang...

pramlee dh nampak situasi mcm ni boleh berlaku..siap difilemkan lagi..kita je lalai
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 02:02 PM | Show all posts
Hessa replied at 20-3-2024 01:01 PM
pramlee dh nampak situasi mcm ni boleh berlaku..siap difilemkan lagi..kita je lalai

hahaha...betul2
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 20-3-2024 12:20 PM
Mungkin dah banyak kali agaknya kena buli camtu.. ni betul2 nekad..

"igt kita serupa PONDAN MSIA...ka kakak"-Pakis
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 02:19 PM | Show all posts
ezacbee replied at 20-3-2024 12:20 PM
Mungkin dah banyak kali agaknya kena buli camtu.. ni betul2 nekad..

zaman asrama/kolej klu air asik kena minum dgn org tapi xde yg ngaku. jawabnya dia bancuh dengan air kencing. keesokkannya tgk ada yg jatuh sakit...tahulah siapa orgnya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 08:23 AM | Show all posts
siap higlite tu berita ni

gitula peel bangla sejenis yg selamba amik barang org
dua bangsa ni paki dan bangla berbeza peel dia. paki nmpk je ego bodoh tapi kalau kita marah dia tau respek kita balik dn sedar diri tapi bangla lambat nk faham jenis buat bodoh je kita marah dia. kan dah berbunuh mesti dendam dah lama paki kt bangla tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.057190 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list