CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2971|Reply: 1

[Tempatan] Ringgit kembali merosot tiga hari berturut-turut kepada 4.74 hari ini

[Copy link]
Post time 20-3-2024 12:29 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran penurunan hari ini apabila ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari ketiga berturut-turut menjelang keputusan mengenai kadar faedah AS esok dan berikutan langkah Jepun melaksanakan kenaikan kadar pertamanya dalam tempoh 17 tahun, kata penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7350/7390 berbanding dolar AS daripada 4.7165/7195 semasa ditutup semalam, demikian menurut BERNAMA.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Indeks Dolar AS meningkat 0.30 peratus kepada 103.893 mata menjelang keputusan mengenai kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS, yang melemahkan mata wang tempatan.
"Tumpuan hari ini turut terarah kepada keputusan Bank of Japan (BOJ) untuk menaikkan kadar panggilan semalaman daripada -0.1 peratus kepada antara sifar dan 0.1 peratus dan untuk menghentikan pembelian dana dagangan bursa dan amanah pelaburan hartanah Jepun, iaitu sebahagian daripada kerangka dasar monetari kuantitatif dan kualitatif mereka," katanya kepada Bernama.
Turut mempengaruhi sentimen adalah mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS yang akan bermula malam ini dan berakhir esok.


"Fed yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah boleh memberikan sokongan lanjut kepada dolar dan sehubungan itu, (mesyuarat) akan dipantau dengan teliti oleh pasaran," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahacai Maha-FirNoN bersorak riuh 2-3 hari lepas kata google penipu alih2 MYR semakin memghampiri ke harga rahmah...

Jgn asyik nk bagi alasan salah kerajaan dulu..korang dh jd Kerajaan sekarang kan..buat la pencegahan...

Kalo asik nk salahkan kerajaan dahulu, baik mahacai FirNoN salahkan kerajaan Parameswara je..sebab dari Parameswara ni la wujud Kerajaan yg sekarang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.131216 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list