CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3965|Reply: 10

[Tempatan] Mat salih terkejut jumpa peniaga bazar Ramadan jual nasi lemak RM1, rasa tak masuk akal... Pelik macam mana boleh buat untung​

[Copy link]
Post time 20-3-2024 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Mat salih terkejut jumpa peniaga bazar Ramadan jual nasi lemak RM1, rasa tak masuk akal... Pelik macam mana boleh buat untung​Isnin, 18 Mac 2024 3:30 PM
Oleh: MSTAR




Brent Timm (kiri) terkejut harga makanan yang dijual terlalu murah di bazar Ramadan.

SEPANJANG bulan puasa, pastinya ramai yang ternanti-nanti untuk berkunjung ke bazar Ramadan bagi membeli juadah berbuka.

Namun amat dikesali apabila ada segelintir peniaga didapati bertindak menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual sewenang-wenangnya.

Seorang warga Amerika Syarikat (AS) bagaimanapun merasai pengalaman berbeza apabila mendapati masih ada makanan yang dijual di bazar Ramadan dengan harga murah.




Pekerja sedang menyiapkan pesanan pelanggan.

Malah dalam kunjungannya ke sebuah gerai di bazar Ramadan di Georgetown, Pulau Pinang, dia menyifatkan harga yang ditawarkan adalah tidak masuk akal.

"Nasi lemak berharga hanya RM1? Tak masuk akal. RM1 macam AS$0.20," katanya menerusi video yang dimuat naik di laman sosial.

Tidak percaya dengan harga tersebut, pemuda yang dikenali sebagai Brent Timm itu bertanya kepada salah seorang peniaga di gerai terbabit bagi mendapatkan kepastian.

"Ya, hanya RM1. This is Malaysia (ini ialah Malaysia)," ujar peniaga tersebut secara ringkas.




Peniaga turut memberitahu harga makanan dijual sempena bulan Ramadan.

Masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, dia bertanya lagi bagaimana mereka boleh menjualnya pada harga yang sangat berbaloi untuk pelanggan.

"Bagaimana anda buat untung? Ia membuatkan saya sangat keliru," soal pemuda itu lagi.

Menurut peniaga wanita itu, nasi lemak di gerai mereka dijual pada harga murah adalah sempena kedatangan Ramadan.

Saya gembira dengan harga semurah itu masih boleh buat untung.​
NETIZEN​

Selain dijual pada harga murah, kata Brent Timm, nasi lemak yang disediakan untuk para pelanggan cukup lengkap dengan bahan-bahan seperti telur, ikan bilis dan sambal.

"Saya tak percaya ia hanya RM1. Ini menjadikan ia hidangan termurah saya pernah dapat di mana-mana tempat di dunia. Hanya AS$0.20.

"Makanan nampak sedap dan segar," katanya yang turut terkejut apabila setiap tambahan setiap lauk seperti sotong hanya dikenakan tambahan RM1.




Menurut peniaga nasi lemak, wang RM50 itu diberikan untuk sedekah kepada pelanggan seterusnya.

Di ruangan komen menerusi akaun @Brent.Timm.Travel, rata-rata netizen turut teruja dengan harga nasi lemak yang dijual di bazar itu.

"Saya tak fikir peniaga jual murah sebab Ramadan. Saya percaya ia adalah harga biasa. Saya gembira dengan harga semurah itu masih boleh buat untung kerana ramai peniaga ambil kesempatan dengan menaikkan harga.

"Menjual dan melakukan kebajikan pada masa sama," demikian antara komen netizen.

Sebelum beredar, Brent Timm turut memberikan wang kertas berjumlah RM50 kepada peniaga wanita berkenaan untuk disedekahkan kepada pelanggan-pelanggan lain sempena menaikkan semangat menyambut Ramadan.

"Dia bagi RM50 untuk sedekah kepada pelanggan yang beli seterusnya," demikian menurut peniaga nasi lemak menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen.

SUMBER - https://www.mstar.com.my/lokal/vira...masuk-akal-pelik-macam-mana-boleh-buat-untung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 01:34 PM | Show all posts
mmg la std harga org jual singgit kalau nasi setengah senduk, ikan bilis 2 helai, kacang 5 ketul, telur belah 12, timum 1 slice 1mm potong 2, paper wrap potong 4 . ni kalau org gemok kena makan 10  bungkus, dah tak murah kena bayar RM10.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 01:59 PM | Show all posts
Asyik amazing amazing makanan mesia, gemok la kau satni Brent Timm oii.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 02:02 PM | Show all posts
Dah pekena makanan mesia, jangan kau salahkan orang mesia plak apabila hijab taste bud kau terbuka secara alami.

Merintih masakan negara sendiri dah takde feel segala bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 02:09 PM | Show all posts
puji puji sikit la nak bagi naik follower..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 02:12 PM | Show all posts
omputih puji sikit semua sanjung....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2024 02:24 PM | Show all posts
bulalof replied at 20-3-2024 06:12 AM
omputih puji sikit semua sanjung....

ketuanan Melayu Disanggah
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 02:56 PM | Show all posts
puji2 sikit pastu bertimbun la korang minta request jadi frens
macam sape tu mamat london
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 03:06 PM | Show all posts
"Makanan nampak sedap dan segar," katanya yang turut terkejut apabila setiap tambahan setiap lauk seperti sotong hanya dikenakan tambahan RM1.


mmg murah la uols...setiap lauk tambahan pun cuma singgit je..telur mata pun dh singgit lima kupang kalu tmpt lain
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 03:21 PM | Show all posts
kat penang jg, mmg ada pasar mlm yg jual nasi lemak sama harga rm1.
sedap pun sedap. kdg2 beli 5 siap dpt percuma 1 la, 2 laa...
tak tau la untungnya kat mana
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 03:45 PM | Show all posts
Kdg depa tgk org luar peniaga sedekah ja pun ada. So x heran kut dpt diskaun ka apa.

Yg jerman george yusuf p param bawak seringgit ja. Aku x tgk dia beli apa last2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.122157 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list