CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5230|Reply: 8

[Tempatan] Cetus kekacauan di masjid, warga emas, Sofiah Abdul Majid, didakwa di mahkamah

[Copy link]
Post time 20-3-2024 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Cetus kekacauan di masjid, warga emas didakwa di mahkamah
https://www.freemalaysiatoday.co ... idakwa-di-mahkamah/

Predeep Nambiar
20 Mar 2024, 12:36 PM


Sofiah Abdul Majid diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret George Town hari ini.

Wanita itu tidak bersetuju dengan pertuduhan dikenakan terhadapnya dan menyifatkannya ‘pembohongan’.

GEORGE TOWN: Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan sengaja melukakan perasaan agama orang lain di Batu Ferringhi, Pulau Pinang, minggu lalu.

Sofiah Abdul Majid, 65, didakwa melakukan perbuatan itu di Masjid Jamek Ar-Rahman pada 10 malam 12 Mac lalu, mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menyifatkan bacaan imam dan bilal Masjid Jamek Ar-Rahman seperti “menyalak” dan membayangkan mereka “dirasuk hantu Cina atau Hindu”.

Ketika pendengaran pengakuannya, dia yang tidak diwakili peguam, melalui penterjemah berkata: “Semuanya bohong. Saya tidak faham pembohongan. Saya tidak setuju dengan pertuduhan itu. Bukan itu yang saya katakan, ia adalah rekaan.”

Majistret Nadratun Naim Saidi memerintahkan Sofiah menjalani pemerhatian di Hospital Ulu Kinta selama sebulan dan menetapkan sebutan semula kes pada 19 April ini.

Minggu lalu, beberapa video tular menunjukkan seorang wanita memasuki ruang solat lelaki di masjid dan memberitahu seorang jemaah mengenai suara bacaan bilal serta imam terlalu kuat sehingga mengganggu kejiranan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Muslim rupanya.
tk sehat gamaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sofiah abdul majid?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 02:07 PM | Show all posts
moga dpt hukuman yg setimpal. sebab melayu muslim. kalau yg non muslim boleh ambik masa lama sikit buat kajian.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 20-3-2024 02:07 PM
moga dpt hukuman yg setimpal. sebab melayu muslim. kalau yg non muslim boleh ambik masa lama sikit b ...

haippp
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 02:25 PM | Show all posts
macam pelaq ..kalo aku ada situ lama dah kaki aku ni naik atas muka dia ..baru kenal syurga neraka ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2024 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kerunai replied at 20-3-2024 02:25 PM
macam pelaq ..kalo aku ada situ lama dah kaki aku ni naik atas muka dia ..baru kenal syurga neraka . ...

Org tu ada mental illness, ikutkan dia tu ahli syurga.... Tindakan yg dia buat bkn ujian buat dia, tp ujian Allah pada kita yg sihat mental ni bagaimana kita respond insiden mcm ni....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Loh! Muslim ka rupanya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 02:34 PM | Show all posts
axl_bach replied at 20-3-2024 02:30 PM
Org tu ada mental illness, ikutkan dia tu ahli syurga.... Tindakan yg dia buat bkn ujian buat dia, ...

bagus komen ni. betul apa hang cakap. tgk rupa dia pun nampak dia ada masalah mental.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.055278 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list