CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10646|Reply: 26

[Tempatan] Pengapungan harga RON95, diesel jimatkan RM29 bilion subsidi kerajaan

[Copy link]
Post time 20-3-2024 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Pengapungan harga RON95, diesel jimatkan RM29 bilion subsidi kerajaan

https://www.bharian.com.my/bisne ... rm29-bilion-subsidi

Oleh Wartawan BH - Mac 20, 2024 @ 3:06pm
bhbiz@nstp.com.my


Harga RON95 kini berada pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter -NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR: Pengapungan mengikut harga pasaran bagi RON95 dan diesel boleh menjimatkan subsidi bahan api kerajaan sebanyak RM29 bilion.

Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata, ia bermakna harga dijangka meningkat sebanyak 64 peratus bagi RON95 dan 61 peratus bagi diesel.

Setakat 20 Mac 2024, RON95 berada pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter.

Firma penyelidikan itu berkata, dengan ketiadaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), pembaharuan subsidi kini lebih penting jika sasaran defisit fiskal Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 ingin dicapai.


"Kami membayangkan ini membabitkan bahan api diapungkan ke harga pasaran dan pada masa sama, memberi bantuan tunai kepada mereka yang telah dikenal pasti sebagai kumpulan sasaran dalam Pangkalan Data Utama (PADU).

"Langkah pengapungan (harga) bahan api akan membantu mengurangkan defisit fiskal tetapi memberi tekanan ke atas inflasi," katanya.

Anggaran HLIB menunjukkan bahawa langkah itu secara hipotesis boleh mengurangkan defisit fiskal daripada -4.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (sasaran 2024 kerajaan) kepada -2.8 peratus.

Subsidi dan bantuan sosial (S&SA) di Malaysia telah meningkat hampir tiga kali ganda daripada RM23 bilion pada 2010 kepada jangkaan RM64 bilion pada 2023 (paling tinggi RM67 bilion pada 2022).

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2022, Putrajaya membelanjakan RM55 bilion untuk subsidi pada tahun itu (meningkat 322 peratus dari tahun ke tahun dan 6.5 peratus lebih tinggi berbanding prapandemik).

Bahagian terbesar, sebanyak 82 peratus datang daripada produk petroleum, terutamanya RON95 dan diesel.

Penyelidikan HLIB berpendapat dengan rangka kerja yang lebih fokus, dana subsidi (memberi ikan) sebaliknya boleh diperuntukkan untuk meningkatkan DE (melengkapkan untuk menangkap ikan) yang mempunyai manfaat jangka panjang kepada rakyat.

"Penurunan harga bahan api secara buatan melalui subsidi telah mendorong penggunaan petrol per kapita Malaysia dan pelepasan pengangkutan menjadi yang tertinggi di ASEAN (tidak termasuk Brunei).

Di samping itu, struktur subsidi bahan api semasa tidak mencapai tahap yang betul kerana T20 menikmati 35 peratus daripadanya berbanding hanya 24 peratus oleh B40, satu kajian menunjukkan bahawa kumpulan pertama itu menggunakan 64 peratus lebih RON95 berbanding kumpulan kedua.

Harga siling di bawah harga pasaran sebenar juga membawa kepada masalah penyeludupan (terutamanya berleluasa untuk diesel), menyebabkan kebocoran dana subsidi, katanya.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, sebelum ini berkata kerajaan akan melancarkan subsidi bersasar untuk RON95 pada separuh kedua 2024.

Beliau berkata, subsidi bersasar untuk petrol dan diesel akan dilaksanakan menggunakan tiga mekanisme iaitu pendapatan boleh guna bersih individu iaitu pendapatan isi rumah boleh guna bersih melalui perlindungan sosial atau skim bantuan dan gabungan pendapatan isi rumah dan individu, yang akan dilaksanakan menggunakan kad subsidi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 03:34 PM | Show all posts
so nak naik berapa ni ron 95? adakah 3 ringgit?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 03:43 PM | Show all posts
huru hara negara sejak kerajaan UMNO dijatuhkan

acik2 terhasuti mula menyesal tak sudah

tapi oleh karena di hati masih tebal kebencian terhadap umno

jadi alternatifnya ialah sokong perikanan nasional yang hauk juga
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Seperti dijangka.. tepat masa nya
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 20-3-2024 03:34 PM
so nak naik berapa ni ron 95? adakah 3 ringgit?

Tunggu Menteri Ekonomi umumkan.....
Formulanya utk kebaikan rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 03:48 PM | Show all posts
macm hanaaattttttttttttttttttt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2024 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
makna nantiya adala 29 biliyun...boleh la dh nk buat sukan KOMANwel...tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 03:55 PM | Show all posts
pilihan rakyat yang sama sekali tidak tepat. duit yg disubsidi boleh dialihkan ke poket 'ahli politik' utk persiapan PRU16
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 03:58 PM | Show all posts
dah apong-apong ni dapat tak rege RM1.50 seperti yang dikatakan itu

nasib le rakyat malaysia..dulu kata rege ayam murah bila guna apongan harga ni, sekali makin mahal gitu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 04:15 PM | Show all posts
SAYA ULAMMMM..!! HARI NI KITA MENANGGGG... ESOK MINYAK TURUN, BG SAYA 24JAM...!! BUKAN 2 MINGGU... DOPLOHPAT JAMMM...!!!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 20-3-2024 03:55 PM
pilihan rakyat yang sama sekali tidak tepat. duit yg disubsidi boleh dialihkan ke poket 'ahli politi ...

Apa??? subsidi...depa nk buat 'dedak pru'...taguna
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah....kaya la gomen pahni
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mampus ak ulang alik keje 150km seari...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 05:27 PM | Show all posts
confirm la naik lagi rege.nak jadi rm 1.50?? bole mimpi la
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai² dh leh start gali lubang, terjun, kambuih
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap tak kena kencing oleh Maha-NoN and the gang..?

Dulu mahacai mcm korang jugak la bertepuk bersorak bila dengar ayat "bagi saya 24 jam"..

Tak ubah mcm cerita Pak Kaduk..menang sorak kampung tergadai..ke mahacai2 sekalian ni keturunan Pak Kaduk..? padan la kene tipu bulat...dh bodo tahap gaban la katakan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
gomen makin sengkek sekarang. takda pelaburan baru masuk. banyak pelaburan keluar. rakyat la kena perah. tax naik. sabsidi tarik . saya ulammm
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 05:55 PM | Show all posts
Wow.. hebat ini tindakan yang hebat... penarikan sasbadi, tax sana sini,  sekarang ini apungkan diesel.. ini akan beri kesan yang sangat besar kepada rakyat... kenaikan harga barang pasti akan berlaku dengan langkah yang satu ini


berita penjimatan 29billion itu tak berguna langsung dengan rakyat malah akan menyusahkan... nanti diguna untuk apa 29 billion itu?

jika kerajaan nak guna untuk laksanakan sasbidi bersasar maka itu bukan penjimatan, ianya cuma tukar polisi sasbadi sahaja....

walaupun begitu, aku rasa pertukaran sistem sasbadi ini salah besar...

sepatutnya laksanakan dahulu sasbidi bersasar kemudian baru buka perlahan-lahan sistem sasbadi lama, carilah keseimbangan antara keduanya..

sebab bila sabsidi ini dibuka dengan mengejut maka bukan sahaja diesel akan naik, tetapi kesan rantaian harga akan berlaku... harga barang akan meningkat macam dah gila.. dimalaysia bila harga dah naik tak akan turun dah

menghentikan sabsidi sekarang kerana nak laksanakan sabsidi bersasar dikemudian hari adalah suatu kesilapan paling besar dalam kerajaan anawar.

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 20-3-2024 05:50 PM
Sedap tak kena kencing oleh Maha-NoN and the gang..?

Dulu mahacai mcm korang jugak la bertepuk ber ...

Apoplak keturunan Pa' Kaduk? "Orang PH mostly golongan educated dan profesional.." ujar seorang walanon tempoh hari.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 06:15 PM | Show all posts
izwan_izi replied at 20-3-2024 05:50 PM
Sedap tak kena kencing oleh Maha-NoN and the gang..?

Dulu mahacai mcm korang jugak la bertepuk ber ...

engkau dulu tak kena kencing ke?

tanya je

sebab setau bangkem cuma penyokong najib je yang tak kena kencing bangnon
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.112120 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list