CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6058|Reply: 4

[Tempatan] Henti sengketa selepas Agong tegur pembangunan tak saksama, kata penganalisis

[Copy link]
Post time 21-3-2024 08:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 21-3-2024 12:17 AM

Henti sengketa selepas Agong tegur pembangunan tak saksama, kata penganalisis

https://www.freemalaysiatoday.co ... -kata-penganalisis/

Nora Mahpar
21 Mar 2024, 08:00 AM


Sultan Ibrahim bertitah pembangunan saksama tanpa memfokuskan hanya kepada Kuala Lumpur dan Putrajaya dapat mengurangkan penghijrahan penduduk ke pusat bandar.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mahu perhatian dan peruntukan saksama kepada 13 negeri seluruh negara.

PETALING JAYA: Teguran Yang di-Pertuan Agong berhubung kesaksamaan pembangunan perlu dilihat sebagai amaran kepada pentadbiran Anwar Ibrahim serta negeri khususnya ditadbir pembangkang supaya menghentikan segera sengketa, kata penganalisis.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, titah Sultan Ibrahim kelmarin supaya perhatian dan peruntukan saksama kepada semua 13 negeri menggambarkan pembangunan tidak seimbang yang perlu diatasi segera dengan mengeratkan kerjasama di sebalik perbezaan ideologi.

“Ini amaran supaya mereka lebih fokus kepada tugas masing-masing terutama sekali berkaitan pembangunan dan ekonomi.

“Bila Agong bertitah pembangunan tidak seimbang…baginda melihat semua negeri terutama empat ditadbir pembangkang pembangunannya agak terencat, sebab itu kerjasama perlu seimbang dan elak sengketa,” katanya kepada FMT.


Azmi Hassan.

Empat negeri yang pentadbirannya bukan bawah parti kerajaan perpaduan terdiri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, semuanya ditadbir PAS.

Baginda dalam titahnya berkata, pembangunan saksama tanpa memfokuskan hanya kepada Kuala Lumpur dan Putrajaya dapat mengurangkan penghijrahan penduduk ke pusat bandar dan kesesakan lalu-lintas lebih terkawal.



Sultan Ibrahim turut mengingatkan, baginda akan memulakan pemerintahan yang sebenar selepas genap dua bulan memegang tampuk ketua negara, menggantikan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 31 Jan lalu.

Mengulas lanjut, Azmi berkata pentadbiran kerajaan negeri pada masa sama perlu lebih bijak memajukan sumber sendiri selain tegas seperti Sarawak bagi mendapat perhatian.

“Kerajaan negeri perlu lebih fokus, lebih bijak dalam perkara ini (memajukan negeri) walaupun tidak sealiran dengan analogi politik pusat.

“Hakikatnya kita lihat contoh seperti Sarawak, walaupun kadangkala tidak selari dengan kerajaan persekutuan tetapi pentadbiran kerajaan Sarawak bijak gunakan kelebihan mereka,” katanya.

Sementara itu, ahli ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak Barjoyai Bardai pula berpendapat tumpuan keterlaluan oleh kerajaan pusat terhadap negeri maju seperti Pulau Pinang, Selangor dan Melaka tidak seharusnya berlaku dan ia jelas tindakan berat sebelah bagi negeri berlawanan analogi politik.

“Sama ada sesebuah negeri diperintah pembangkang tidak patut diambil kira dalam menyalurkan peruntukan kerana negeri-negeri ini adalah ahli dalam Malaysia. Mereka ada hak sama seperti negeri lain.”


Barjoyai Bardai.

Menurut Barjoyai, penyaluran peruntukan bagi negeri perlu dibuat berpandukan kepada dua aspek iaitu bilangan penduduk dan projek pembangunan jangka sederhana dan panjang.

“Prinsipnya Agong memang menonjolkan keperluan memberi peruntukan yang benar-benar adil kepada setiap negeri.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 08:16 AM | Show all posts
cantik je perancangan Allah swt lepas madanon amik gomen Agung pulak naik..tu dia baru ngam
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya memang betul la negeri Kelantan dianaktirikan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 08:49 AM | Show all posts
Triple_8 replied at 21-3-2024 08:24 AM
Maknanya memang betul la negeri Kelantan dianaktirikan.

semoga la fokus pembangunan kat ganu...banyak sangat faedah...

(selingan,lagi2 anak muda kita yang bina kapal tu, harap2 dipesatkan lagi industri tu, mahal ilmu tu, padahal tu bidang asal kita)
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 09:52 AM | Show all posts
Sabah duit ada, peruntukan banyak tapi kebocoran masa perlaksanaan yg jadi masalah sbb ahli politik yg rakus mcm bakas...rakyat sendiri sengsara, federal yg di kambing hitamkan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.080376 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list