CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11041|Reply: 127

[Tempatan] ‘Barang sekolah pun belum habis beli’, ibu bapa terbeban fikir persiapan raya

  [Copy link]
Post time 21-3-2024 08:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 21-3-2024 12:30 AM

‘Barang sekolah pun belum habis beli’, ibu bapa terbeban fikir persiapan raya

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/03/21/barang-sekolah-pun-belum-habis-beli-ibu-bapa-terbeban-fikir-persiapan-raya/

Yasmin Abdul Latif
21 Mar 2024, 07:30 AM



Bazar Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman antara lokasi untuk orang ramai membeli persiapan Hari Raya.

Ramai dalam kalangan ibu bapa memilih untuk membuat persiapan ala kadar dan mengutamakan keperluan lebih penting.

PETALING JAYA: “Barang sekolah pun belum habis beli, dah nak raya,” demikian luahan kebanyakan ibu bapa yang terbeban memikirkan persiapan Aidilfitri selepas baru sahaja berbelanja untuk kemasukan anak ke sesi persekolahan baharu.

Kontraktor, Ariffin Mohd Ali, 41, berkata kerajaan seharusnya peka dan segera mengembalikan sesi persekolahan ke Januari seawal 2025 berbanding 2026 seperti diumumkan Kementerian Pendidikan sebelum ini.


Ariffin Mohd Ali.

Tahun ini, pelajar sekolah memulakan sesi persekolahan pada 10 dan 11 Mac, sementara hari raya Aidilfitri jatuh pada tanggal 10 dan 11 April 2024.

“Memang terbebanlah disebabkan kita nak menghadapi Aidilfitri tak lama lagi, selepas itu dengan budak sekolah lagi. Sepatutnya kerajaan kena lebih peka dalam hal ini dan tak boleh masih lagi berkonsepkan PKP dulu. Sekolah itu perlulah diawalkan seperti biasa balik.


“Saya rasa ada yang tak raya pun, sebab dalam keadaan sekarang ini seorang anak pun mengambil kos beribu ringgit, bukan macam zaman dahulu,” katanya kepada FMT.

Pekerja runcit yang hanya mahu dikenali sebagai Mai, 51, memberitahu bukan hanya harga barangan asas semakin tinggi, malah baju raya juga mahal.

“Memang terasa lah, kalau nak beli barang basah pun bawa RM100, RM200 tak cukup memang kena (ada) RM300 ke RM400 apa lagi baju (raya) pun banyak yang naik (harga).


Mai.

“Ingatkan tahun ini sekolah dah berubah seperti biasa tapi tengok sama juga. Harap tahun depan dah boleh macam biasa sekolah mula Januari,” katanya.

Tahun ini amat mengusik hati Abdul Rahman Latif, 40, pekerja kilang automotif apabila bapa kepada lima anak itu terpaksa memutuskan untuk membuat persiapan raya ala kadar.


Abdul Rahman Latif.

“Kalau ada duit lebih, bolehlah kita beli baju raya. Tapi kalau fikir pasal raya, lebih penting kita dahulukan servis kereta bagi memastikan keselamatan perjalanan jauh balik kampung,” katanya.

Suri rumah, Sharifah Abdul, 42, pula berkata meskipun sudah cuba berjimat namun bebannya masih sama kerana harga barangan di pasaran masih mahal.


Sharifah Abdul.

“Tak boleh beli ikut suka. Kita sudah berusaha berjimat pun dia masih macam itu juga,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 08:33 AM | Show all posts
ye kering dh ni..nk raya pastu rotek insuran pun nk expired jgk. amik kau
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah la raya beriya. Biasa-biasa je kalau tak mampu. Habis tu kalau 2026 nanti sekolah bukak bulan 1, pastu raya pun awal tahun… then masalah ni timbul balik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 08:44 AM | Show all posts
kita dan terbiasa shopping untuk raya. bila keadaan macamni secara otomatik kita akan rasa sedih..nak beli biskut raya pun fikir 5 kali
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 08:45 AM | Show all posts
kalau ubah ke januari pn tak kan selesai masalah. Kerajaan kena tgk kos utk bukak sekolah ni dari segi buku, pakaian sekolah, uniform bagai , tambang bas sekolah dll.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
bersiap budak2 jele. yg tua mix n match hok lama. slalu bsiap raya ni nk bg budak seronok je kan, deme bukan reti puasa ke ape. kita yg tua ni penting puasa ler, sbb kalau takde puasa ramadhan mana dtg raya aidilfitri. smoga smua dimudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2024 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
raya tahun ni mmg bersederhana. baju kurung pun bukan pakai sgt. so ulang pakai baju peti besi yg ada n ada juga beli sehelai sbb nk sedondon dgn anak. anak dua pasang tp satu ayahnya yg beli. i beli kat pasaraya satu lg utk anak. dah siap. tudung pun beli kat shopee ja. semoga Allah permudahla
semua urusan semua terutama yg ramai anak. moga Allah murahkan rezeki semua.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 08:51 AM | Show all posts
prizadane replied at 21-3-2024 08:36 AM
Tak payah la raya beriya. Biasa-biasa je kalau tak mampu. Habis tu kalau 2026 nanti sekolah bukak bu ...

kalau sebatang kara hidup xde sape2 boleh je xyah beria2 beraya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Usia makin btambah tp tetap bodo supo lembu.
Get yr priorities straight ler.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari pertama sekolah amik cuti utk uruskan bayaran sumbangan sekolah sekali cikgu ckp sebarang bayaran sumbangan ke apa blm belum boleh dibuat lagi
Emmm iols ingat semua yuran2 ke apa tu kena buat hari pertama skolah.
Rupanya bkn eh, kena tunggu mesorat pibg dulu ke?
Tak suka tangguh2 ni jenis iols nak setel cepat je sblm terguna duit tu beli benda lain.

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 09:05 AM | Show all posts
dari tahun lepas kan dah tau sekolah buka dekat2 nak raya... bukannya semalam baru decide nak buka sekolah time ni.. menabung la sikit2 boleh kan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 21-3-2024 08:44 AM
kita dan terbiasa shopping untuk raya. bila keadaan macamni secara otomatik kita akan rasa sedih..na ...

Iols tak beli pun biskut raya mkn yg kat umah org je bila g beraya nnt
Tu pun tak mkn pun biskut huhu
Iols jenis mkn kerepek je
Anak2 pun kureng mkn biskut raya ni
Balik kg biasa bawak brownies je sekut2 raya tu mil beli sendiri or adik ipar yg beli.

Lagipun tiap tahun raya kat kg selama seminggu bila balik umah sndiri takda dh sambut2 raya
Kalau tiba ada adik badik nk raya jamu nasi jaa pastu buat la dessert dah setel
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 21-3-2024 08:36 AM
Tak payah la raya beriya. Biasa-biasa je kalau tak mampu. Habis tu kalau 2026 nanti sekolah bukak bu ...

Tahun 2026 tu kalau masuk bulan 3 ikutkan bulan 2 tu puasa tau. So puasa time cuti sekolah huhu
Tp tula dah tukar ke bulan 1 jd tetapla juga bebudak ni kena g sekolah time ramadon.
Iols tak sabar nk tunggu ramadan jatuh pada musim cuti sekolah.
Mcm iols sekolah dulu heheh bbrp tahun gak bulan puasa jatuh pada nov-dec
Tp mungkin ada yg tak suka sbb takleh g jln2 cuti sekolah kalau puasa.

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 09:18 AM | Show all posts
kucingitam replied at 21-3-2024 01:05 AM
dari tahun lepas kan dah tau sekolah buka dekat2 nak raya... bukannya semalam baru decide nak buka s ...

Kan? Benda boleh plan, tapi nak jugak buat kalut. Kalau insurance kereta expires in May, tak kan la bulan April baru sibuk nak save duit. At least dah set aside duit sikit2 dari awal tahun. Sama je concept dengan budak2 nak sekolah and Raya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 09:25 AM | Show all posts
Suchi replied at 21-3-2024 09:04 AM
Hari pertama sekolah amik cuti utk uruskan bayaran sumbangan sekolah sekali cikgu ckp sebarang bayar ...

samalah...i olls 1st time anak darjah 1...tunggu gak nak membayar, skali xda collect apa2 pon...ni 26hb sekolah pggl semula nk bg duit bantuan apetah yg semua dapat...semua benda buat beza-beza hari..awat xsekalikan...cuti da nak abes ni...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 09:26 AM | Show all posts
ramai yg dok pening nak beli baju melayu bulan bintang atau elrah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 09:27 AM | Show all posts
vanillaninja replied at 21-3-2024 09:18 AM
Kan? Benda boleh plan, tapi nak jugak buat kalut. Kalau insurance kereta expires in May, tak kan l ...

tu ler, kalau simpan sehari seringgit pun, by the time cuti sekolah dah blh buat beli baju sekolah. kau singgit, laki singgit..dah dapat 700+. takkan singgit pun takleh nak simpan demer ni, ye dak.. lebih nak tunjukkan terbeban la apa la..padahal tetiap tahun topik sama keluar, harga barang mahal bila dah nak raya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
hmmm aku tkde beli baju raya pun.
confirm.dok dapur je.. aku dh maklum kn pd sedara mara yg nk beraya dgn mak... dtg raya ke 2 je.. ari lain tkde org kat rumah. mak aku kirimkan pd adik..
jd persiapan utk menjamu makan tu lebih la.
rezeki dikongsi. selalu juadah raya. sate tu mmg order ribuan cucuk.gak sbb mmg ada yg mintak tapau.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 21-3-2024 09:18 AM
Kan? Benda boleh plan, tapi nak jugak buat kalut. Kalau insurance kereta expires in May, tak kan l ...

betul...iols pelik yg asal nak masuk sek, raya je bising2 padahal setahun sebelum kejadian sepatutnya dah menabung. mmg benda dah ada dlm kehidupan sejak lama dulu
kalau mmg budget ketat takleh menabung lgsg maknanya dah aware dgn kewangan kita so raya je la seadanya.

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko rasa klu sekolah buka bulan 1, ko boleh bersedia financially bila raya

Anes tu nape ko tak standby siap2 duit belanja sekolah masa bulan satu walaupun nk guna bln 3 nnt, pastu xde la ko kering kontang bila nk raya

Alasan je kan. Walau sekolah buka bln 1, ko tetap kering kontang bila2 masa pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 1939 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16324 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9211 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.171341 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list