CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5735|Reply: 1

[Dunia] PM gay pertama Ireland, buat kejutan letak jawatan

[Copy link]
Post time 21-3-2024 09:23 AM | Show all posts |Read mode
PM gay pertama Ireland, buat kejutan letak jawatan

https://www.bharian.com.my/dunia ... jutan-letak-jawatan

Oleh AFP - Mac 20, 2024 @ 11:50pm


Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar membuat kejutan apabila meletak jawatan hari ini. - Foto fail REUTERS

DUBLIN: Leo Varadkar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri (PM) Ireland dan ketua parti Fine Gael dalam gabungan pemerintah dengan menyatakan alasan `peribadi dan politik' sebagai punca

Tindakannya itu disifatkan pakar sebagai langkah mengejut atau 'gempa politik' iaitu hanya 10 minggu sebelum Ireland mengadakan pilihan raya tempatan dan Parlimen Eropah.

Pilihan raya umum pula perlu diadakan dalam tempoh setahun.

Timbalan Perdana Menteri, Micheal Martin yang juga ketua rakan gabungan Parti Fianna Fail, berkata pengumuman Varadkar suatu yang tidak diduga tetapi menjangkakan kerajaan akan terus memerintah sehingga penggal berakhir.

Varadkar yang menjawat jawatan Perdana Menteri pada usia 45 tahun dan kekal sebagai seorang pemimpin termuda Ireland, berkata dia merasakan bukan lagi `orang terbaik' untuk memimpin negara.

"Ahli politik adalah manusia. Kami mempunyai batasan. Kami memberikan segala-galanya sehingga kami tidak mampu lagi dan kemudian kami perlu berubah," katanya sambil percaya kerajaan boleh dipilih semula.

Varadkar percaya Perdana Menteri baharu akan lebih bagus berbanding dirinya untuk mencapai, memperbaharui dan mengukuhkan pasukan teratas, sekali gus memfokus semula mesej dan dasar serta memacu pelaksanaan.

"Selepas tujuh tahun memegang jawatan, saya bukan lagi orang terbaik untuk kerja itu.

"Saya meletakkan jawatan sebagai presiden dalam kepimpinan Parti Fine Gael serta jawatan sebagai Perdana Menteri sebaik pengganti saya dilantik.

"Alasan saya berundur sekarang adalah peribadi dan politik, tetapi ia lebih kepada politik," katanya tanpa mengulas lanjut.

Awal bulan ini, Varadkar dipersalahkan secara meluas atas kekalahan berganda termasuk membabitkan referendum terbesar yang pernah berlaku oleh kerajaan berkaitan cadangan untuk reformasi kepada wanita, keluarga dan penjagaan dalam perlembagaan Ireland.

Varadkar berkata, partinya yang berhaluan kanan tengah, Fine Gael akan mengadakan pemilihan kepimpinan dan beliau akan kekal sebagai perdana menteri sehingga pemimpin baharu itu dipilih dan selepas Parlimen kembali dari rehat bulan depan.

Beliau pertama kali menjadi perdana menteri pada Jun 2017, termuda pernah memegang jawatan itu selain selaku perdana menteri gay pertama Ireland secara terbuka dan daripada latar belakang etnik minoriti.

Beliau meletakkan jawatan sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan parti pembangkang selepas prestasi buruk partinya pada pilihan raya umum 2020, tetapi mengambil alih buat kali kedua pada 2022 sebagai sebahagian daripada perjanjian yang sama.

Di London, jurucakap Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak mengucapkan selamat maju jaya dan akan terus bekerjasama rapat dengannya ketika pengganti sedang dicari.

Pengganti Varadkar yang berpotensi termasuk Menteri Kabinet, Simon Harris (pendidikan), Simon Coveney (perdagangan), dan Helen McEntee (keadilan).

Penganalisis politik berkata, pilihan raya dijangka tidak akan diadakan susulan pengumuman itu, walaupun parti pembangkang menuntut undian dilakukan.

- AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupon gay tpi tetap sokong palestin hoccay.sejuk hati acik2 pro Palestin.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.061197 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list