CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7523|Reply: 0

Azlan idam 'mahkota' ASB1000

[Copy link]
Post time 21-3-2024 04:07 PM | Show all posts |Read mode

AZLAN (tengah) mahu atasi cabaran Reiterberger.

Kuala Lumpur: Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman secara terbuka mendedahkan dirinya menyimpan hasrat untuk muncul juara keseluruhan kelas ASB1000 di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) pada tahun ini.

Meskipun pasukan diwakilinya, TKKR Racing Team berdepan masalah tajaan untuk bersaing pada musim penuh di ARRC sehingga dirinya tidak memperoleh gaji, Azlan berkata semangatnya untuk muncul juara sekali lagi tidak pernah luntur sekali gus mahu merampas semula mahkota kejuaraan dimenangi rakan sepasukan, Markus Reiterberger pada tahun lalu.

"Sasaran saya tahun ini memang nak jadi juara keseluruhan ARRC. Saya nak menafikan (kejuaraan) dari rakan sepasukan (Reiterberger) dan nak kalahkan dia.

"Saya mahu dapatkan semula kejuaraan itu dan selepas itu, barulah saya boleh fikir sama ada mahu bersara atau tidak," kata Azlan ketika ditemuramah di Podcast TKKR yang dikongsikan di laman sosial pasukannya itu.


Pelumba berusia 40 tahun itu berkata, meskipun pernah muncul juara keseluruhan ketika tahun pertama pengenalan kelas ASB1000 pada 2019, dia tidak puas dengan kejayaan itu.

"Dalam tempoh tiga tahun selepas itu, saya menggunakan jentera yang kurang kompetitif. Pada tahun 2023, saya dapat motosikal yang kompetitif dan belajar (memahami jentera). Jadi tahun ini saya sudah 'master' dan akan usaha dapatkan kejuaraan itu kembali," katanya.

TKKR Racing Team sebelum ini dilaporkan berdepan kesukaran untuk mendapatkan tajaan sehingga membuat keputusan disaat akhir beraksi pada pusingan pertama dekat Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand dengan menggunakan jentera tahun lalu.

Azlan bagaimanapun tidak mengecewakan apabila muncul juara pada perlumbaan pertama sebelum menamatkan perlumbaan kedua di kedudukan kelima.

Pencapaiannya itu menyaksikan Azlan kini menduduki tangga kedua keseluruhan kelas ASB1000 dengan mengumpul 36 mata, ketinggalan sembilan mata berbanding pelumba Honda Asia Dream Racing with Astemo, Andi Faridizdihar.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dam-mahkota-asb1000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.050540 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list