CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9801|Reply: 25

[Tempatan] Bekas ketua penerangan Umno, Isham Jalil, buat laporan polis terhadap bekas pembantu Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador. #3, Isham gesa Farhash disiasat berhubung pegangan HeiTech Padu

  [Copy link]
Post time 21-3-2024 04:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 21-3-2024 09:29 AM

Isham buat laporan polis terhadap bekas pembantu Anwar

https://www.malaysiakini.com/news/700185

Diterbitkan:  Mar 21, 2024 3:26 PM
Dikemaskini: 3:26 PM





Bekas ketua penerangan Umno Isham Jalil hari ini membuat laporan polis terhadap Farhash Wafa Salvador berhubung dakwaan pelaburan hampir RM40 juta di sebuah syarikat yang disenarai pendek untuk kontrak kerajaan.

Isham berkata bekas setiausaha politik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu harus menjelaskan bagaimana dia memperolehi wang sebanyak itu untuk menjadi pemegang saham besar HeiTech Padu Bhd.

"Pertama, jika dia labur dalam HeiTach Padu, ia adalah satu pertaruhan besar (pelaburan).

“Jadi adakah pertaruhan ini berdasarkan maklumat dalaman yang dia ada?" soal Isham pada sidang media selepas membuat laporan itu di balai polis Dang Wangi hari ini.


Farhash Wafa Salvador

Akhbar The Straits Times minggu lalu melaporkan bahawa Farhash muncul sebagai antara pemegang saham besar syarikat penyedia perkhidmatan teknologi, HeiTech Padu, yang disenari pendek untuk kontrak sistem imigresen bernilai berbilion ringgit.

Laporan itu juga menyatakan bahawa Farhash dan rakan kongsinya telah memperoleh 4.97 peratus kepentingan dalam Theta Edge, pesaing HeiTech Padu.

Farhash kemudiannya menolak kebimbangan mengenai "kapitalisme kroni" berikutan pendedahan itu.

Mengulas lanjut, Isham berkata dia akan membuat satu lagi laporan kepada SPRM, kerana perkara itu mungkin melibatkan unsur salah guna kuasa.

Di samping itu, dia juga telah menulis surat kepada Suruhanjaya Sekuriti untuk menyiasat mengenai kemungkinan elemen perdagangan dalaman.

Laporan terhadap perkara itu perlu kerana ia melibatkan RM1 bilion pembiayaan awam, tegas Isham.

"Kami juga bimbang jika ada unsur-unsur pengubahan wang haram. Jika ada, polis perlu menyiasat." katanya

Beberapa hari lalu, Isham memuat naik video di saluran TikTok, bertajuk "Kroni Anwar beli saham syarikat disenarai pendek kontrak imigresn RM1 bilion?"

Video itu mendapat tontonan lebih sejuta sebelum dipadamkan.

Farhash telah menghantar surat tuntutan kepada Isham berhubung video tersebut.

Isham bagaimanapun berkata daripada menghantar surat tuntutan kepadanya, Farhash sepatutnya hanya perlu menjawab soalannya tentang bagaimana dia memperoleh RM40 juta untuk melabur.

“Saya tanya (dia), orang ramai pun tanya dari mana dia dapat wangt. Jawab sahaja.

"Orang ramai berhak tahu kerana ia adalah kontrak kerajaan yang besar," katanya.

Isham mendakwa, walaupun tidak memegang sebarang jawatan, dia masih mempunyai pengaruh besar dalam persada politik tanah air.

Berdasarkan pengalamannya semasa menjadi sebahagian daripada kerajaan, Isham berkata sebarang kontrak kerajaan bernilai lebih RM50 juta mesti melalui Kementerian Kewangan, yang mana Anwar adalah menterinya.

"Kontrak itu berkaitan dengan imigresen yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri.

“Menteri Dalam Negeri ialah Saifuddin Nasution Ismail, yang juga daripada PKR. Jadi kita minta jawapan.” katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Farhash dan sedang menunggu jawapannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 05:01 PM | Show all posts
ishhhh takkan la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2024 05:27 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 21-3-2024 09:28 AM

Isham gesa Farhash disiasat berhubung pegangan HeiTech Padu

https://www.freemalaysiatoday.co ... angan-heitech-padu/

Anne Muhammad
21 Mar 2024, 02:43 PM


Isham Jalil membuat laporan polis terhadap Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak di IPD Dang Wangi hari ini.

Isham Jalil wujud kebimbangan pelanggaran undang-undang pembelian saham dalam HeiTech Padu Bhd.

KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin Umno Isham Jalil membuat laporan polis menggesa ahli perniagaan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disiasat atas dakwaan pegangan saham dalam syarikat yang disenarai pendek memperoleh kontrak kerajaan bernilai RM1 billion.

Isham berkata wujud kebimbangan pelanggaran undang-undang dalam pembelian saham dalam HeiTech Padu Bhd dianggarkan bernilai RM40 juta memandangkan Farhash sebagai individu berprofil tinggi.

“Oleh kerana projek berkaitan tersebut menggunakan dana kerajaan atau dana awam yang besar, dan individu di atas (Farhash) ini ialah individu berprofil tinggi yang mempunyai kaitan dengan ahli-ahli politik dalam kerajaan, saya khuatir terdapat unsur-unsur pelanggaran undang-undang dalam urusniaga di atas,” katanya selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi.

Semalam Farhash menerusi surat tuntutan (LOD) memberikan tempoh tujuh hari kepada Isham untuk menarik balik kenyataan dibuatnya di media sosial berkaitan laporan bahawa beliau pemegang saham utama sebuah kontraktor kerajaan.

Farhash turut menuntut Isham memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataan itu yang disifatkannya sebagai fitnah.

Isham bagaimanapun enggan menarik balik kenyataannya dan meminta Farhash mendedahkan dana pembelian saham.

Minggu lalu, Farhash muncul sebagai pemegang saham utama syarikat itu selepas memperoleh kepentingan tidak langsung sebanyak 15.9% (16.1 juta saham) dalam penyedia perkhidmatan teknologi tersebut.

Beliau kemudian menjelaskan saham dipegangnya dalam HeiTech Padu adalah melalui Rosetta Partners Sdn Bhd, yang dimiliki bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Dalam makluman di Bursa Malaysia Khamis minggu lalu, HeiTech Padu mengumumkan ia mendapat lanjutan kontrak bernilai RM13.1 juta untuk perkhidmatan menyelenggara sistem imigresen MyIMMs.

Kelmarin, Farhash menolak kebimbangan berlaku amalan “kroni”, selain mempertahankan pegangan sahamnya di HeiTech Padu dengan berkata ia sebahagian strategi untuk membantu syarikat Bumiputera.

Menurutnya, beliau kini tidak lagi terlibat dalam politik dan pentadbiran kerajaan, serta mahu fokus kepada bidang perniagaan dan korporat.

Berhubung kenyataan itu, Isham membalas: “Secara rasmi, beliau memang tak ada jawatan, tapi itu tidak menghalang seseorang mempunyai pengaruh.”

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan ahli parti deghita cenggitu kaya rayya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Isham ni dahla hensem, educated lak tu..mmg citarasa sangatttt
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku baca kt news, si salvador ni ckp transaction ni ada related dgn sultan kelantan
Nama salvador ala2 mexican...tp rupa jawa totok jahhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2024 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Spermm buat x tahu la plk
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 21-3-2024 06:05 PM
Aku baca kt news, si salvador ni ckp transaction ni ada related dgn sultan kelantan
Nama salvador al ...

Tu lah.....
Dua tiga kali aku baca nama dia.....
Mgkin masa mengandung mak dia suka tgok cite  brazil tibi hitam putih tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 09:59 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 21-3-2024 07:16 PM
Tu lah.....
Dua tiga kali aku baca nama dia.....
Mgkin masa mengandung mak dia suka tgok cite  bra ...

nape muka jazaa dengan ejalti sama?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Insider trading memang salah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 21-3-2024 07:16 PM
Tu lah.....
Dua tiga kali aku baca nama dia.....
Mgkin masa mengandung mak dia suka tgok cite  bra ...

Hadoi..  Dia ni la yang hilang pi balek kampong di Pilipin & disyaki menghaplod bedio kes samperit bulan posa 2019 dulu tu.  Salvador tu memang le surname suku-sakat dia kat sane sebab Pilipin tu penjajah depe Sepanyol.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 12:04 AM | Show all posts
soalan mudah humban je kat lhdn.

mamat ni dah bayar income tax memola dpt 40 jota tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 21-3-2024 06:05 PM
Aku baca kt news, si salvador ni ckp transaction ni ada related dgn sultan kelantan
Nama salvador al ...

Pilipin muka jawa totok.


Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 22-3-2024 01:10 AM
sharlenetexas replied at 22-3-2024 12:22 AM
Pilipin muka jawa totok.

Habes kalo raje serombi blondie yang punye bisnez dia ni takleh disiasat ke??

https://youtu.be/zsYl03vkkms?si=GPivGKdgNiCGu358
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 22-3-2024 01:07 AM
Habes kalo raje serombi blondie yang punye bisnez dia ni takleh disiasat ke??

https://youtu.be/zsY ...



Gambar Mamat V pun keluar kat video ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 10:24 AM | Show all posts
benda dari hujung minggu lepas lagi, tapi lambat pulak nk timbul kat forum.
adakah stokin berjaya benamkan isu ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2024 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 22-3-2024 01:07 AM
Habes kalo raje serombi blondie yang punye bisnez dia ni takleh disiasat ke??

https://youtu.be/zsY ...

Semoga disiasat dan dilondeh.


Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 03:54 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 21-3-2024 06:04 PM
Isham ni dahla hensem, educated lak tu..mmg citarasa sangatttt

Iolss pun rasa Enchek Isham ni ensem girtuh ala2 daddy. Amponnn di bulan posa ini
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 03:55 PM | Show all posts

Kalau kekalkan body yg sado itteww dolu mesti saham maseh tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 22-3-2024 03:54 PM
Iolss pun rasa Enchek Isham ni ensem girtuh ala2 daddy. Amponnn di bulan posa ini

Kann..dah le hensem, kelakor,pandai..mmg sungguh citarasa makk sgt
Plg lawak tgk kt post FB isham, yg dia menganjeng PMX psl nuar berahim baca buku omputeh yg tak senonoh miang berahi lawak betul posting tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.070418 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list