CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10461|Reply: 0

Benam Oman bukan misi mustahil

[Copy link]
Post time 21-3-2024 05:19 PM | Show all posts |Read mode

Arif Aiman Hanapi (kanan) bakal menjadi sandaran utama Harimau Malaya ketika bertemu Oman nanti. - Foto ihsan AFC

SKUAD Harimau Malaya digesa untuk mengulangi magis ketika bertemu Korea Selatan untuk mengharungi perlawanan getir menentang Oman sempena aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Muscat pada awal pagi esok.

Sebagai rekod, skuad negara telah mencipta sejarah apabila berjaya mengikat Taeguk Warriors yang menduduki ranking No. 22 dunia itu dengan keputusan 3-3 pada aksi terakhir kumpulan saingan Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lepas.

Bekas pemain skuad kebangsaan, Stanley Bernard percaya jika suasana serta mentaliti yang sama dipamerkan oleh barisan skuad negara tidak mustahil keputusan positif dapat dilakar nanti.

“Saya percaya jika kita bawa semangat serta mengulangi mentaliti yang dilakukan ketika aksi terakhir bertemu Korea Selatan, kita boleh meraih keputusan yang baik.

“Tiada sebab untuk pasukan ini tidak berjaya untuk cipta kejutan kerana mereka masih segar dengan kemenangan ke atas Korea Selatan.

“Saya rasa pasti kita boleh buat andai budaya yang sama dipamerkan ke atas Oman,” katanya ketika ditemu Kosmo!.

Skuad kendalian Kim Pan-gon ketika ini mendahului carta Kumpulan D selepas meraih kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan Taiwan pada tahun lalu dan berpeluang untuk mengukuhkan cengkaman jika melakar kejutan ke atas Oman.

Selepas perlawanan di Muscat, skuad kebangsaan bakal melayan kunjungan negara di kedudukan ke-80 dunia itu pada satu lagi perlawanan kelayakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac depan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ukan-misi-mustahil/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.050353 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list