CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18005|Reply: 0

[Kelantan] 53,370 tiket balik raya Kelantan habis dalam 2 jam - Konsortium E-Mutiara

[Copy link]
Post time 21-3-2024 06:05 PM | Show all posts |Read mode
53,370 tiket balik raya Kelantan habis dalam 2 jam - Konsortium E-Mutiara


Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim - Mac 21, 2024 @ 5:46pmnfazlina@nstp.com.my




Che Ibrahim (tengah) memperkenalkan sistem ‘track my bus’ untuk pengguna mengesan lokasi bas ekspres di Ibu Pejabat Konsortium E-Mutiara Berhad di Kampung Panji, di sini, hari ini. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR




KOTA BHARU: Sebanyak 53,370 tiket bas ekspres Konsortium E-Mutiara untuk perjalanan pulang ke Kelantan sempena Aidilfitri habis terjual dalam tempoh dua jam.

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail, berkata sambutan diterima amat menggalakkan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

"Tiket bas untuk pulang ke Kelantan dalam tempoh enam hari bermula 4 hingga 9 April sudah habis terjual dalam tempoh dua jam sahaja selepas jualan tiket dibuka.

"Alhamdulillah sebanyak 1,186 trip perjalanan pulang ke Kelantan untuk menyambut Aidilfitri dan Konsortium E-Mutiara mempunyai 70 buah bas ekspres.

"Kita menjangkakan akan menambah satu atau dua buah bas untuk perjalanan Kuala Lumpur ke Kelantan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan zakat kepada anak yatim dan asnaf di pejabatnya, di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, seramai lebih 300 asnaf dan anak yatim menerima sumbangan zakat yang dianjurkan setiap tahun.

Mengulas lanjut katanya, beliau tidak menyangka sambutan diterima begitu menggalakkan sedangkan mereka mula menjual tiket lebih lewat berbanding pengusaha bas lain.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.297033 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list