CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11881|Reply: 34

[Tempatan] Cadangan hapus tol sukar dilaksanakan.bincangkan(13 markah)

[Copy link]
Post time 22-3-2024 03:58 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 22-3-2024 04:08 AM

KUALA LUMPUR – Cadangan untuk menghapuskan tol dilihat sukar untuk dilaksanakan kerana ia akan memberi implikasi besar terhadap kedudukan kewangan negara, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.



Beliau berkata, pelaksanaan cadangan pemansuhan tol di negara ini akan menyebabkan kerajaan membayar pampasan melebihi RM450 bilion kepada syarikat konsesi tol.

IKLAN

“Anggaran (kos) pada 2019 untuk menghapuskan tol kita perlu membayar (pampasan) kepada konsesi lebuh raya lebih RM400 bilion. Sekarang sudah 2023 … tentunya lebih lagi, saya anggarkan kira-kira RM450 bilion.

” … kita tahu belanjawan negara sekitar RM388 bilion setahun, kalau nak hapuskan tol dengan nilai RM450 bilion pada tempoh setahun itu kita tiada gaji yang boleh diberikan atau untuk kegunaan lain … saya tak nampak tol boleh dihapuskan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa sama, Ahmad mendedahkan kerajaan membelanjakan kos RM20 juta sehari untuk bayaran kepada konsesi lebuh raya susulan pemberian tol percuma semasa sambutan perayaan.

Beliau turut memberi bayangan kemungkinan terdapat pengumuman pemberian tol percuma bersempena dengan sambutan Aidilfitri nanti.

Sebelum itu, ketika membentangkan bacaan kali kedua RUU itu, Ahmad berkata, pindaan melibatkan 16 fasal dalam Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) 1980 itu bertujuan menambah baik fungsi dan bidang kuasa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam akta tubuhnya, selain memperkukuh peranan lembaga itu sebagai badan pengawal selia yang mantap, cekap dan efisien selaras dengan hasrat kerajaan.

Beliau berkata, pindaan akta itu tidak akan memberi sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan mahupun kenaikan kadar tol yang dipersetujui dalam perjanjian antara kerajaan dan syarikat konsesi.

RUU itu kemudiannya diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 12 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

Sementara itu, RUU Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 2023 yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran, turut diluluskan Dewan Rakyat hari ini.

Pindaan kepada Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621) bertujuan menambah baik peruntukan dalam pemberian bantuan bersama dalam perkara jenayah antara Malaysia dengan negara lain.

Menurut RUU itu, Peguam Negara dalam hal keadaan tertentu boleh membuat suatu permintaan bagi bantuan dalam perkara jenayah secara terus kepada pihak berkuasa yang berkaitan, seperti yang ditentukan oleh negara asing berkenaan. – Bernama

Ikuti Channel rasmi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2024 09:49 AM | Show all posts
Edited by finding at 22-3-2024 10:42 AM

Bukan hapus semua. tol2 yang lebuhraya short distance, dalam bandar dan tol gombak tu je dulu perlu hapuskan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 09:51 AM | Show all posts
hapuskan pemikiran ahli politik yg berjanji bagi tol percuma dan kemudian memberi alasan tidak boleh laksanakan sbb faktor ekonomi. semoga janji2 mereka dihisab dgn seberatnya. bila dapat kuasa semua menipu. maka gaji ahli parlimen yg dimenangi semoga jatuh haram kerana menang atas dasar penipu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelakar bila masih ada yang mengharap tol dihapuskan...ko hengat nk maintain lebuhraya tuh sikit kosnya? Bila jalan lobang sana sini ko marah, bila diaorg xbina highway ko jugak yang bising kena hadap jam
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Meslan..ko pi la tanya tuan ko dgn pembantu dia yg suka ajak org guling2 depan sogo suatu waktu dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
UK boleh buat takde tol. California pun sama. Cer tanya cemaner dorang buat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2024 10:43 AM | Show all posts
Dulu ada pihak jadikan manifesto. Tapi tak dilaksanakan pun.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 10:55 AM | Show all posts
taknak hapuskan takpe..paham situasi..cuma kurangkan bayaran tol..aritu dah turun berapa 18 percent kot..cuma mintak kurang je lagi sket ke turun total 30% ke untuk semua tol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2024 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa babi tonyok yang berkempen berjanji dulu tu? Hapuskan beliau pun dah memuaskan hati walau terpaksa bayar tol sampai mampus
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols gelakkan org2 yg caya tol bleh hapus tu.. so klakar..

Di mana deme2 ni now?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 11:09 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 22-3-2024 10:16 AM
UK boleh buat takde tol. California pun sama. Cer tanya cemaner dorang buat.

malaysia boleh buat, mcm UK dan California...banyak kerajaan kena buat, naikkan cukai pendapatan, tarik balik subsidi perubatan, makanan dan petrol, etc...baru boleh tol free...persoalannya, rakyat sanggupkah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 11:13 AM | Show all posts
tol plus patut dh lama tamat..tp pegi lanjut konsesi berpuluh tahun..
kenderaan makin bertmbh, cuti2 perayaan belambak dimsia..
ptt tol boleh la kurang hrga
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 12:01 PM | Show all posts
Edited by airmineral at 22-3-2024 12:02 PM

walaupun aku tau kos nak maintain infra ni tak murah
dalam masa sama aku tetap merasakan penyediaan infra ni 100% tanggungjawab gomen kepada rakyat
dgn tol yg mahal tp tetap jem tu yg rasa xberbaloi ada tol
selain tu, kalau tol antara negeri tu ok la acceptable
ni dalam lembah klang pun dan bersimpang siur tol nye woiii
boleh buat baran


Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 01:26 PM | Show all posts
tol kalau elak jem ok gak, ni sama naik jem...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Terboktiiii manipestatipoo hapuskan tol iteww membongak penipoooo!
Sama la jugak minyak tiga kupang tu pong!

Berjanji boolan dan bintang ujong2 manipestatipoo ittew bukan kitab sochi tak wajib ditunaikan ponggggg ha gaytohhhh!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Xnk hapuskan xpe tp tlg la buat lebih byk pengangkutan awam n tanah2 area sekitar kerajaan yg control. Bkn bg pd pemaju lps tu jual 500k, 1 juta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2024 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 22-3-2024 06:41 PM

Pengguna bayar tol lebuhraya mahal2 sebab nak larik dari jalan biasa berlampoo isyarat bersimpang siur bagai dengan harapon cepat sampai ke destinasi yg dituju namun ternyata tetaplah terpaksa tempuh jammed padat hauk namampos hari2 jua, kena hadap waktu pergi dan balek kerja serta waktu coooti sekoolah dan perayaan dan tetaplah hanya mampooooo tersenyum kelat masam mencuka sambil menyumpah seranah dari dalam tingkap kereta ittew
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi nape ade sampah yg pernah berjanji tol nk dimansuhkan kalau diorg jadi kerajaan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 06:23 PM | Show all posts
Aku cadangkan supaya kurangkan tempoh loan kenderaan kepada maksimum 5 tahun sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 07:01 PM | Show all posts
ifanonline replied at 22-3-2024 11:09 AM
malaysia boleh buat, mcm UK dan California...banyak kerajaan kena buat, naikkan cukai pendapatan,  ...

Tapi California tu state ja. Tak kutip federal tax. Highway 5 lane lima kali tidur pun tak sampai2 satu sen takde tol. Kos petrol dari LA ke SF sama macam sekali makan kat McD ja.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.080183 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list