CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11171|Reply: 0

[Terengganu] 1,350 keluarga terima sumbangan raya Petronas

[Copy link]
Post time 22-3-2024 10:45 AM | Show all posts |Read mode
1,350 keluarga terima sumbangan raya Petronas

OlehNURFARDLINA IZZATI MOKTAR

22 Mac 2024 09:36am








Mohammad Ahmad Shazly (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima yang hadir.




KUALA TERENGGANU - Petronas menerusi Yayasan Petronas meneruskan khidmat masyarakat dengan menyalurkan sumbangan kepada 1,350 keluarga kurang bernasib baik di tiga negeri di Pantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata, pogram itu merupakan salah satu komitmen berterusan syarikat minyak dan gas tersebut bagi membantu menyediakan keperluan asas kepada golongan kurang berkemampuan.



"Kita meneruskan tradisi menyemarakkan kemeriahan lebaran melalui Program Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri menerusi penyampaian sumbangan kepada 1,350 keluarga kurang bernasib baik di Terengganu, Kelantan dan Pahang.

"Sebanyak 400 keluarga B40 di Kuala Terengganu, Kemaman, Hulu Terengganu, Dungun dan Besut menerima sumbangan yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat di setiap daerah berkenaan.



"Selain itu, sumbangan akan diberikan kepada 550 keluarga di Kelantan dan 400 keluarga di Pahang menerusi program yang akan diadakan selepas ini," katanya pada program Memacu Kehidupan Aidilfitri 2024 di sebuah hotel di sini pada Rabu.


Antara penerima yang hadir pada program Memacu Kehidupan Aidilfitri 2024.




Mengulas lanjut, Mohammad Ahmad Shazly berkata, setiap keluarga terpilih menerima sumbangan barangan makanan asas termasuk beras, bihun, minyak masak, gula dan tepung gandum.

Selain itu, katanya, mereka turut menerima barangan bertemakan perayaan seperti beras pulut, kacang tanah, santan kotak, pes rendang dan pes kuah kacang.




"Kita juga menyampaikan biskut raya yang disediakan khas oleh peserta Program Mekar (Memampankan Ekonomi Asas Rakyat) anjuran Yayasan Petronas," ujarnya.

Menurutnya, ia merupakan salah satu daripada usaha Petronas bagi membantu meningkatkan taraf kehidupan usahawan industri kecil dan sederhana.

"Kenaikan harga barangan sedikit sebanyak memberi kesan kepada perbelanjaan isi rumah terutama pada musim perayaan.




"Jadi kami berharap agar sumbangan ini mampu meringankan beban golongan kurang berkemampuan disamping membantu memeriahkan lagi sambutan Hari Raya yang bakal tiba," ujarnya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.049591 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list