CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11192|Reply: 0

[Kelantan] Kudung sebelah tangan bukan halangan cari rezeki

[Copy link]
Post time 22-3-2024 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Kudung sebelah tangan bukan halangan cari rezeki


Paya Linda Yahya
am@hmetro.com.my



Muhamad Saiful sedang menggoreng Mee di gerainya di bazar Ramadan, Kompleks Perdana Majlis Daerah Gua Musang, di sini. FOTO Paya Linda Yahya




Gua Musang: Kudung sebelah tangan akibat cedera ketika bersukan tidak menjadi penghalang kepada seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) di sini, memiliki perniagaan sendiri iaitu menjual mi dan kuetiau goreng di bazar Ramadan.

Malah perniagaan yang usaha sejak hampir 10 tahun itu menjadi punca pendapatan utamanya untuk menyara keluarga dan membeli kenderaan sendiri.

Menurut Muhamad Saiful Salleh, 35, dengan menggunakan tangan kanannya dia mampu menggoreng sehingga 40 kilogram (kg) mi dan kuetiau sehari yang dijual di gerainya.

Katanya, dia tidak hanya menjual di bazar Ramadan, tetapi juga di pasaran malam di daerah ini setiap petang Khamis dan pagi Jumaat sebelum Ramadan.

"Alhamdulillah dengan pendapatan menjual mi dan kuetiau saya kini mampu membeli kenderaan sendiri dan menyara ibu yang kini pesakit kronik serta menggaji empat pekerja untuk membantu perniagaan saya.

"Sehingga kini setiap hari saya akan memasak 10 kuali mi dan kuetiau yang dijual dengan harga RM 5 sebungkus.

"Saya masak sendiri dengan menggunakan sebelah tangan manakala pekerja akan membantu membungkus. Biasanya dalam masa 10 minit, satu kuali mi atau kuetiau akan habis dijual," katanya ketika ditemui di bazar Ramadan di Kompleks Perdana Majlis Daerah Gua Musang, di sini.

Menurut Muhamad Saiful, sebelum ini dia bekerja sebagai pembantu di pasaran malam.

Katanya, akibat kecederaan semasa semasa bermain bola sepak menyebabkan tangan kiri terpaksa dipotong.

"Saya reda dengan apa yang berlaku dan alhamdulillah kecacatan yang saya alami tidak mematahkan semangat untuk terus mencari rezeki sehingga boleh menyara kehidupan sendiri.

"Selain menjual mi dan kuetiau goreng, saya kini juga cuba mengembangkan perniagaan dengan menjual 10 perisa air balang dan buah kurma sepanjang Ramadan ini" katanya yang tinggal di Sungai Kepa, di sini.



Disiarkan pada: Mac 22, 2024 @ 10:34am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.055894 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list