CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5437|Reply: 0

[Terengganu] Berbuka puasa atas bot lihat keindahan Drawbridge

[Copy link]
Post time 23-3-2024 09:38 AM | Show all posts |Read mode
Berbuka puasa atas bot lihat keindahan Drawbridge

OlehNURFARDLINA IZZATI MOKTAR

23 Mac 2024 08:35am








Berbuka puasa di atas bot sambil menikmati pemandangan berhampiran Drawbridge.




KUALA TERENGGANU - Berbuka puasa di atas bot sambil menikmati pemandangan berhampiran Jambatan Angkat (Drawbridge) di sini menjadi tarikan baharu kepada orang ramai apabila mengunjungi Terengganu ketika bulan Ramadan.

Jika sebelum ini orang ramai memilih untuk berbuka puasa di Dataran Shahbandar atau Pantai Batu Buruk, kini berbuka puasa di atas bot menjadi pilihan mereka bagi mencipta kelainan sambil menikmati keindahan matahari terbenam.



Pemilik Syarikat Pulau Sekati Bot Tour, Ahmad Muazzam Ramlee, 31, berkata, perkhidmatan itu memberi suatu pengalaman menarik kepada pengunjung selain mereka dapat mengabadikan gambar kenangan bersama individu terdekat di beberapa lokasi pelancongan popular ketika menyusuri Sungai Terengganu.


Orang ramai mengambil peluang berbuka puasa di atas bot melihat keindahan Drawbridge.




"Ini merupakan tahun ketiga kita adakan perkhidmatan berbuka puasa di atas bot berhampiran Jambatan Angkat.


"Alhamdulillah...kita menerima sambutan amat menggalakkan pada tahun ini dengan menerima tempahan sehingga dua hingga tiga bot pada hari biasa manakala menerima tempahan hingga lima bot pada hujung minggu.

"Sememangnya pada hujung minggu kita menerima banyak tempahan. Ada pengunjung yang datang dari jauh termasuk dari Kuantan, Pahang dan Singapura untuk merasai pengalaman menaiki bot sambil menikmati pemandangan indah iaitu melihat matahari terbenam di sekitar Jambatan Angkat," katanya.


Pemandangan di Drawbridge ketika waktu senja.








Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di sini baru-baru ini.

Ahmad Muazzam menambah perkhidmatan itu juga boleh memuatkan seramai 12 pengunjung untuk berbuka puasa di atas bot pada satu masa.

"Orang ramai boleh menikmati pemandangan dengan menyusuri Sungai Terengganu bermula Jeti Pok Ali sehingga ke Jambatan Angkat melibatkan jarak kira-kira enam kilometer dengan mengambil masa satu jam perjalanan.

"Lebih menarik sekali pengunjung boleh melihat banyak tempat menarik antaranya Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, Pasar Payang dan Pulau Duyong.


Pemandangan Drawbridge.







"Paling ikonik sekali, pengunjung juga dapat melihat mercu tanda Terengganu dengan bergambar di Jambatan Angkat selain dapat berbuka puasa di atas bot untuk melihat pemandangan indah itu pada waktu senja," jelasnya.

Mengulas lanjut, Ahmad Muazzam menyatakan orang ramai tidak perlu bimbang mengenai soal keselamatan kerana pihaknya akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi termasuk memakai jaket keselamatan.

Selain itu, pengunjung juga tidak perlu risau berhubung soal lokasi untuk solat selepas berbuka puasa kerana jeti tersebut berhampiran dengan beberapa masjid termasuk Masjid Kristal serta Masjid Jamek Paloh.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.085842 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list