CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5878|Reply: 0

[Pahang] 286kg sisa makanan dikumpul di bazar Ramadan, lokasi berbuka puasa

[Copy link]
Post time 23-3-2024 10:54 AM | Show all posts |Read mode

Pengarah SWCorp Pahang, Sharudin Hamid menunjukkan baja kompos dihasilkan daripada sisa makanan dikumpul di Bazar Ramadan Mahkota Square dan Padang MBK 1 di Kuantan. - NSTP/ASROL AWANG

KUANTAN: Dalam tempoh 10 hari Ramadan, 286 kilogram (kg) sisa makanan dikumpul di Bazar Ramadan Mahkota Square dan yang dibuang oleh mereka yang berbuka puasa di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1, di sini.

Sisa berkenaan dikumpul Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang melalui Kempen Kompos @Bazar.

Pengarah SWCorp Pahang, Sharudin Hamid, berkata 286kg sisa makanan itu kemudian diproses yang menghasilkan 180.5kg baja kompos.

"Melalui kempen itu, peniaga dan pengunjung bazar Ramadan berpeluang melihat sendiri kaedah pengkomposan sisa makanan untuk dijadikan baja kompos yang boleh digunakan sebagai penyubur tanaman.



"Kita jangkakan penghasilan baja ini terus meningkat sekali gus dapat diagihkan ke kebun komuniti sekitar daerah Kuantan. Pada Ramadan tahun lalu, sebanyak 50kg baja kompos dihasilkan daripada 160kg sisa makanan yang dikumpul," katanya ketika ditemui di Padang MBK 1, semalam.

Beliau berkata, Kempen Kompos @Bazar itu program kedua dijalankan SWCorp Pahang, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) dengan menempatkan sebuah mesin kompos di Bazar Ramadan Mahkota Square.

Katanya, objektif utama kempen untuk menggalakkan amalan kitar semula dengan mengkomposkan sisa makanan dan antara usaha bagi mengurangkan pembuangan sisa makanan secara terus ke dalam tong sampah.
https://www.bharian.com.my/berit ... okasi-berbuka-puasa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.058127 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list