CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12669|Reply: 0

Pulih tahap kecergasan menjelang aksi dengan Oman

[Copy link]
Post time 23-3-2024 04:15 PM | Show all posts |Read mode

PAN-gon mahu pemain tampil lebih ampuh dengan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia

Kuala Lumpur: Tumpuan utama skuad Harimau Malaya ketika ini terarah dalam usaha memulihkan semula kecergasan pemain menjelang aksi keempat Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.

Jelas pengendali pasukan, Kim Pan-gon, barisan pemainnya perlu segera bangkit daripada kekalahan 0-2 di tangan Oman yang berlangsung di Muscat kelmarin, dengan fokus kini mengembalikan kecergasan pemain untuk aksi pusingan kedua peringkat kumpulan itu.

Katanya, pemain negara digesa tampil lebih ampuh dengan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri perlu dimanfaatkan sebaiknya.

"Bagi saya, pemain sudah berikan segala-galanya dengan beri aksi bertenaga (di Muscat, kelmarin).

"Kita kena segera lihat kembali cara kita bermain, dan pulihkan kembali kecergasan fizikal bagi persediaan perlawanan di tempat sendiri nanti.

"Kami masih ada satu lagi perlawanan dan pasukan akan membuat persiapan sebaik mungkin untuk berikan sesuatu," katanya yang mendambakan tiga mata penuh pada pertemuan itu nanti.

Kekalahan di tangan skuad The Reds yang menghuni ranking ke-80 dunia itu menyebabkan rekod bersih Malaysia dalam Kumpulan D tercalar selepas sebelum itu menang dua aksi untuk mengumpul enam mata maksimum.

Skuad negara bermula baik apabila membenam Kyrgyzstan 4-3 di Bukit Jalil sebelum meneruskan rentak sama dengan menewaskan Taiwan 1-0 di Taipei, dengan kedua-dua aksi berlangsung pada November lalu.

Susulan kekalahan pertama itu menyaksikan anak didik Pan-gon berada di tangga ketiga Kumpulan D, berkongsi enam mata bersama Oman dan Kyrgyzstan yang menghuni kedudukan pertama dan kedua dengan masing-masing dibezakan jumlah jaringan.

Jika skuad negara mampu menumbangkan Oman di halaman sendiri Selasa ini, pasukan kebangsaan akan kembali mengisi dua kedudukan teratas dan semakin hampir untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Pial Dunia 2026 serta layak automatik ke Piala Asia 2027 nanti.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ng-aksi-dengan-oman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.263748 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list