CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31757|Reply: 0

[Terengganu] Fisabilillah TRG agih 700 bekas kurma kepada pengguna jalan

[Copy link]
Post time 23-3-2024 05:22 PM | Show all posts |Read mode

Ahli Pertubuhan Kebajikan Fisabilillah Negeri Terengganu (Fisabilillah TRG) mengagihkan kurma kepada pengguna jalan raya yang melalui persimpangan lampu isyarat Mengadang Akar. FOTO IHSAN FISABILILLAH TRG


Kuala Terengganu: Sebanyak 700 bekas kurma diagihkan kepada pengguna jalan raya yang melalui persimpangan lampu isyarat Mengadang Akar di sini, semalam.

Jurucakap Pertubuhan Kebajikan Fisabilillah Negeri Terengganu (Fisabilillah TRG), Ahmad Shukri Baba berkata, agihan itu adalah di bawah program Agihan Kurma Ramadan oleh Fisabilillah TRG yang menjadi program tahunan setiap kali Ramadan.


Beliau berkata, kurma yang diagihkan kepada pengguna jalan raya adalah hasil infaq penderma kepada Fisabilillah TRG.

"Ia memang program tahunan kita setiap kali Ramadan cuma bezanya sebelum ini kita beli kurma menggunakan hasil sumbangan tetapi kali ini ada penyumbang yang menginfaq kurma kepada kita.

"Jadi, kami di Fisabilillah TRG menjalankan amanah yang dipertanggungjawab untuk mengagihkan kurma itu kepada orang ramai.

"Alhamdulilah, program yang memasuki tahun keempat semalam berjalan lancar dan lebih banyak program seumpaman ini akan diadakan sepanjang Ramadan termasuk menganjurkan program baju raya kepada golongan memerlukan," katanya.

Ahmad Shukri berkata, program agihan yang bermula jam 6 petang itu selesai kira-kira 30 minit kemudian.

Katanya, ia juga antara usaha pihaknya mendekati masyarakat setempat selain bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pada-pengguna-jalan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.076292 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list