CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24907|Reply: 0

[Perlis] Kerajaan perincikan kampus IPTA lama untuk dibaik pulih

  [Copy link]
Post time 24-3-2024 12:23 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan perincikan kampus IPTA lama untuk dibaik pulih

23 Mac 2024 09:45pm




Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir melancarkan Kad MySiswa pada program Semarak Ramadan KPT@unimap di Kampus Alam UniMAP Pauh Putra di sini pada Sabtu. Foto Bernama




ARAU - Kerajaan sedang membuat perincian terhadap kampus institut pendidikan tinggi awam (IPTA) di seluruh negara yang sudah lama usianya untuk pelaksanaan kerja-kerja menyelenggara dan membaik pulih.

Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ini kerana dalam sesi lawatan beliau ke kampus universiti tertentu serta politeknik mendapati ia perlu dibaik pulih dan diselenggara sebaik mungkin.



"Saya tak ada jumlah (spesifik kampus yang perlu diselenggara dan dibaik pulih setakat ini) sebab ia masih dalam proses perincian. Tetapi kawasan yang saya lawatani, saya dapati ada (yang perlu diselenggara dan dibaik pulih).

"Tadi sebagai contoh, saya pergi ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (di Arau), saya lihat perlu sedikit sebanyak baik pulih kerana ia sudah berusia lebih 20 tahun, umpamanya cat dan beberapa benda kita akan ambil tindakan segera," katanya kepada pemberita pada Majlis Semarak Ramadan KPT@UniMAP di sini pada Sabtu.



Bersempena majlis berkenaan itu, Zambry turut meluncurkan secara rasmi inisiatif Kad MySiswa yang dulunya dikenali sebagai Kad Prihatin Siswa.

Mengenai Kad MySiswa itu, beliau berkata, hampir 550,000 pelajar universiti awam di seluruh negara mendapat manfaat penggunaan kad itu sejak dilaksanakan Mac tahun lepas.

Menurutnya, peluncuran kad itu turut menepati matlamat KPT untuk memperkasakan dan memartabatkan pelajar universiti menerusi transformasi kad matrik sedia ada menjadi sekeping kad pintar pelbagai fungsi.

"Antara kelebihan kad ini ia boleh menjadi kad debit bank, kad akses kepada kemudahan dan fungsi dalaman kampus yang bersepadu seperti sistem kehadiran, sistem perpustakaan malah ia turut dilengkapi dengan kemudahan e-dompet.


[size=1.25]"Selain itu, Kad MySiswa akan berfungsi sebagai kad promosi dan diskaun yang melayakkan pemegangnya menikmati pelbagai tawaran istimewa, potongan harga serta rebat sama ada di dalam mahu pun di luar kampus," katanya.
[size=1.25]


Kenyataan media daripada KPT sempena majlis itu memaklumkan Kad MySiswa merupakan inisiatif bersepadu KPT bersama RHB Islamic Bank Berhad selaku rakan strategik pelaksana.




Ia sebagai komitmen dalam mendukung Agenda Pemerkasaan Mahasiswa yang turut berpotensi memartabatkan gaya hidup mereka. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.373439 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list