CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11573|Reply: 0

[Pahang] Lelaki dikhuatiri lemas ketika menjala ikan di Sungai Mati

[Copy link]
Post time 24-3-2024 10:44 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang ketika menjala ikan di Sungai Mati di Kuantan.

KUANTAN – Seorang lelaki warga Kemboja dikhuatiri lemas selepas hilang ketika menjala ikan di Sungai Mati dekat Bukit Rangin di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, berdasarkan laporan mangsa yang dikenali sebagai Sary berumur 26 tahun bersama dua lagi rakannya menjala di sungai berkenaan sebelum hilang.

“Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 9.59 malam sebelum jentera bersama anggota bomba tiba di lokasi kejadian pada pukul 10.09 malam.

“Pasukan Bomba membuat operasi pencarian mangsa di sekitar sungai tersebut yang disambung semula hari ini selepas ditangguhkan pada pukul 1.10 pagi tadi,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... kan-di-sungai-mati/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.047639 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list