CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8643|Reply: 0

Williams ‘korbankan’ Sargeant demi Albon

[Copy link]
Post time 24-3-2024 12:44 PM | Show all posts |Read mode

JENTERA Albon mengalami kerosakan teruk selepas terlibat dalam insiden kemalangan pada FP1 kelmarin. - AFP

MELBOURNE – Pasukan Williams Racing terpaksa membuat keputusan sukar apabila terpaksa ‘mengorbankan’ pemandu keduanya, Logan Sargeant menjelang perlumbaan di Grand Prix (GP) Australia hari ini.

Williams terpaksa menggugurkan Sargeant apabila mengesahkan mereka tidak mempunyai casis tambahan untuk menggantikan jentera Alex Albon yang terlibat dalam kemalangan pada sesi latihan pertama (FP1) kelmarin.

Disebabkan itu, Williams memutuskan agar Albon menggunakan jentera rakan sepasukannya, Sargeant biarpun mengakui pemandu Amerika Syarikat tersebut tidak melakukan sebarang kesilapan.

Williams membuat keputusan tersebut berdasarkan keputusan pada musim 2023 di mana Albon mencatatkan penamat dengan kutipan tujuh mata, manakala Sargeant hanya mampu mengutip satu mata dalam kempen sulungnya tahun lalu.

“Sejujurnya saya ingan mengatakan bahawa tiada pemandu yang mahu melepaskan kerusinya. Saya tidak pernah mahu perkara seperti ini berlaku.

“Sargeant seorang yang profesional dan bukan mudah untuk dia lalui kerana tidak dapat bersaing esok.

“Apapun, pada ketika ini, saya mahu melakukan terbaik dan bekerjasama dengan seluruh pasukan untuk memastikan kami melakukan tugas yang terbaik,” kata Albon.

Ketua pasukan Williams, James Vowles mengakui kecewa apabila terpaksa menggugurkan pemandunya itu berikutan kelemahan mereka tidak mempunyai casis tambahan.

“Saya sememangnya tidak boleh diterima kerana dalam era moden F1 ini kita tidak mempunyai casis ganti, tetapi ia mencerminkan betapa ketinggalan kami,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... argeant-demi-albon/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.059052 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list