CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7794|Reply: 2

[Pahang] Polis siasat kes pelajar dirotan hingga cedera kerana tak solat tarawih

[Copy link]
Post time 24-3-2024 01:11 PM | Show all posts |Read mode

KECEDERAAN yang dialami pelajar kolej vokasional di Rompin selepas dirotan guru. FOTO ihsan pembaca


Kuantan: Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian pelajar lelaki sebuah kolej vokasional di Rompin yang cedera di belakang badan, punggung dan lengan kanan akibat dirotan guru, pagi kelmarin.

Mangsa berumur 18 tahun dikatakan dirotan lebih 10 kali selepas diarahkan berkumpul pada jam 7.45 pagi di kawasan perhimpunan bahagian bawah asrama kolej bersama beberapa pelajar lain.

Difahamkan, pelajar itu dihukum kerana tidak mengikuti solat tarawih bersama rakan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof berkata, mangsa datang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Rompin pada 5.33 petang kelmarin ditemani ibu saudaranya.


"Mangsa mendakwa dia dirotan oleh guru yang juga warden asrama.

"Terdapat kesan kecederaan di belakang badan, punggung dan lengan kanan pelajar terbabit dipercayai dirotan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pelajar terbabit mendakwa guru itu bertindak merotan dia dan beberapa rakan di hadapan pelajar lain kerana tidak menyertai solat tarawih yang perlu dilakukan sepanjang Ramadan kali ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324A Kanun Keseksaan (KK) kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan," katanya.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) ketika dihubungi enggan mengulas.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-tak-solat-tarawih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2024 05:40 PM | Show all posts
klu ya pun nk rotan jgnlah sampai cedera.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 05:41 PM | Show all posts
sorang pelajar kena rotan berapa kali?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.897251 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list